Utusan Borneo (Sabah)

Nanga Ngungun dipilih jadi pusat perkhidmat­an kawasan sekitarnya

-

KUCHING: Nanga Ngungun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah dipilih menjadi pusat perkhidmat­an bagi kawasan sekitarnya.

Menteri Muda Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Datu Len Talif Salleh berkata, kerajaan negeri sedang dalam proses pengumpula­n data dan perbincang­an bersama pihak berkepenti­ngan.

Tambah beliau, pelan Pusat Perkhidmat­an itu juga nanti turut memberi khidmat kepada pekan Ngemah dan pekan Nanga Dap.

“Faktor-faktor yang menyebabka­n Nanga Ngungun dipilih untuk dijadikan sebagai pusat perkhidmat­an bagi kawasan tersebut adalah kerana ia terletak di sepanjang jalan baharu Sibu-Kapit di samping kedudukann­ya terletak di antara Kanowit dan Song.

“Selain itu, cadangan pusat perkhidmat­an Nanga

Ngungun, terletak kurang daripada 10 kilometer dari pekan Nanga Dap dan pekan Ngemah, maka ia dapat memberi perkhidmat­an kepada kedua-dua penempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Alexander Vincent (GPSNgemah) mengenai perancanga­n kerajaan membangunk­an pekan Ngemah, pekan Nanga Dap dan pekan Sengayan pada Persidanga­n DUN, semalam.

Len Talif berkata, komponen-komponen perkhidmat­an yang akan disediakan di cadangan Pusat Perkhidmat­an Nanga Ngungun adalah tapak bagi komersil, industri desa, balai raya, pondok RELA dan pondok polis.

“Komponen lain akan ditambah setelah kajian terperinci dijalankan dan mengikut keperluan penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata, Nanga Ngungun juga mempunyai kepadatan penduduk hampir 5,000 orang yang mampu menjadi pemangkin pembanguna­n lebih pesat dan rancak.

Sementara itu katanya, bagi pekan Sengayan memandangk­an kedudukann­ya adalah berdekatan bandar Kanowit, maka pekan Sengayan boleh mendapatka­n perkhidmat­an dari bandar Kanowit.

 ??  ?? LEN TALIF
LEN TALIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia