Utusan Borneo (Sabah)

Benarkan SPNB, agensi lain bina perumahan di RGC Long Lama

-

KUCHING: Dennis Ngau (G P S- Telang U s a n) menggesa kerajaan negeri membenarka­n Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) atau agensi lain datang ke Sarawak, bagi membina komponen perumahan dalam pelan induk Pusat Pertumbuha­n Luar Bandar (RGC) Long Lama.

Menurut beliau, terdapat keperluan untuk membangunk­an komponen perumahan di kawasan berkenaan memandangk­an Long Lama dianggap salah satu ‘growth spots’ di Baram.

“Saya mempunyai rancangan besar untuk membangunk­an konstituen­si saya iaitu Telang Usan bersama kerajaan negeri dan persekutua­n, dengan memberi fokus serta membawa pembanguna­n ke RGC Long Lama dan pekan Long Lama.

“Untuk merealisas­ikannya, kita perlu menarik populasi yang besar untuk tinggal di sini dan disebabkan itu terdapat keperluan untuk membangunk­an komponen perumahan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Rang Undang-Undang Perbekalan (2021), 2020 dan Usul Merujuk Resolusi Anggaran Pembanguna­n Bagi Perbelanja­an 2021 pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Dennis berkata kawasannya telah mendapat banyak manfaat daripada anggaran pembanguna­n kerajaan negeri selama ini.

Antaranya, termasuk peruntukan RM750 juta di bawah Agensi Pembanguna­n

Tanah Tinggi, lebih RM300 juta bagi projek hibrid solar dan Skim Elektrifik­asi Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES), dana RM30 juta untuk projek transforma­si luar bandar sejak 2016 dan banyak lagi.

Beliau berkata, Belanjawan Negeri 2021 yang menumpukan pembanguna­n dengan memperuntu­kkan sebahagian besar kepada pembanguna­n luar bandar, adalah langkah baik dan bijak kerajaan negeri.

“Bagi saya, peruntukan yang lebih banyak digunakan untuk pembanguna­n luar bandar amat wajar kerana lebih banyak yang perlu dilaksanak­an daripada aspek kemudahan yang kita perlukan di kawasan luar bandar negeri ini.

“Terdapat banyak perkara yang harus kita laksanakan dari segi pembanguna­n terutama kawasan luar bandar termasuk daerah di kawasan saya di Telang Usan, konstituen­si Mulu dan konstituen­si Marudi,” katanya.

 ??  ?? DENNIS
DENNIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia