Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga di Mukah wajar akur SHMMP Deepavali hingga 17 November

-

MUKAH: Peniaga di bahagian Mukah dinasihati agar akur dengan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali yang berkuat kuasa sehingga 17 November ini.

Menurut Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah Salihin Den, peniaga perlu mematuhi pengisytih­aran sebanyak 21 jenis barangan yang disenaraik­an dalam skim berkenaan.

“Perayaan Deepavali akan disambut dalam masa terdekat dan pihak KPDNHEP telah melaksanak­an SHMMP yang berkuat kuasa selama sembilan hari,” katanya dalam satu sidang media setelah melakukan pemeriksaa­n beberapa premis di Mukah, Daro dan Semop kelmarin.

Menurutnya, skim berkenaan bertujuan mengelak mana-mana peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan keperluan sempena musim perayaan.

“Kita nasihatkan peniaga khususnya di Mukah, Dalat, Matu dan Daro agar mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan dalam SHMMP

Deepavali ini,” tsgasnya.

Peniaga juga diwajibkan meletakkan tanda harga merah jambu bagi setiap barangan yang dikategori­kan barangan harga terkawal sepanjang tempoh berkuat kuasa SHMMP Deepavali.

Bagi peniaga yang degil, tindakan pengeluara­n notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 akan dilaksanak­an ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak dan ketara.

Pihak KPDNHEP Mukah juga kata Salihin kerap melakukan pemantauan harga sama ada di kawasan Mukah, Dalat, Matu dan Daro bagi memastikan semua peraturan dipatuhi peniaga dari semasa ke semasa.

Pada tahun ini setakat November, KPDNHEP Mukah telah memfailkan sebanyak 67 kes di bawah pelbagai akta yang melibatkan peniaga dengan nilai rampasan sebanyak RM63,806.04 manakala bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 telah menghasilk­an sebanyak 27 kes dengan nilai rampasan RM9,239.50.

Beliau turut mengalu-alukan orang ramai di sekitar bahagian Mukah menjadi mata dan telinga kementeria­n bagi menyebarka­n maklumat berhubung kepengguna­an terutama mengenai isu harga barang melalui semua saluran yang telah disediakan pihaknya.

 ??  ?? PATUH: Harga senarai SHMMP Deepavali diletakkan tag merah jambu oleh salah seorang peniaga di Mukah.
PATUH: Harga senarai SHMMP Deepavali diletakkan tag merah jambu oleh salah seorang peniaga di Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia