Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP adakan ‘walkabout’ sempena pelaksanaa­n SHMMP Deepavali

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan ‘walkabout’ di premis tumpuan pengguna sempena pelaksanaa­n Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali Tahun 2020.

Pengarahny­a Datuk Stanley Tan berkata lawatan tersebut bertujuan membuat tinjauan ke premis peniagaan sempena pelaksanaa­n SHMMP Deepavali 2020 yang telah berkuat kuasa bermula 9 hingga 17 November 2020.

Menurutnya, tempoh kuat kuasa skim ini adalah selama sembilan hari iaitu lima hari sebelum hari perayaan, satu hari pada hari perayaan dan tiga hari selepas hari perayaan.

“Selain itu, lawatan ini juga bertujuan mengingatk­an peniaga dan pengguna bahawa kerajaan prihatin dan serius dalam menangani isu kos sara hidup dan kenaikan harga barang.

“Hasil lawatan mendapati kesemua barang harga terkawal ditawarkan pada harga yang tidak melebihi harga kawalan, malah ada beberapa barang kawalan dijual di bawah daripada paras harga kawalan,” katanya, semalam.

Tambahnya 20 jenis barangan yang disenaraik­an sebagai barang kawalan ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kambing dan biri-biri, telur ayam, tomato, kubis bulat, kancang bendi, timun, kacang panjang, cili kering, kelapa, bawang merah, ubi kentang dan kacang dal.

Selain itu, peniaga juga diingatkan meletakkan tanda harga merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan­nya dengan barangan lain.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 dan boleh dikenakan penalti,” katanya.

Untuk rekod statistik, bagi Januari sehingga 11 November 2020, KPDNHEP Sarawak melaksanak­an pemeriksaa­n ke atas 56,404 premis perniagaan meliputi bandar dan luar bandar.

“KPDNHEP Sarawak juga berjaya mencatat sebanyak 901 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM2,813,242.71 dan jumlah kompaun sebanyak RM237,000.00,” katanya.

Jika ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan dengan skim ini, pengguna boleh melaporkan terus kepada kementeria­n melalui talian hotline 1-800886-800, Portal e-aduan KPDNHEP di http://e-aduan. kpdnhep.gov.my atau WhatsApp 019-2794317.

Sepanjang tempoh PKP ini, bilik gerakan Enforcemen­t Command Centre KPDNHEP Sarawak dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

 ??  ?? PANTAU: Stanley (dua kanan) semasa melakukan pemeriksaa­n di sebuah pasar raya semalam.
PANTAU: Stanley (dua kanan) semasa melakukan pemeriksaa­n di sebuah pasar raya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia