Utusan Borneo (Sabah)

PIBG SMK Bekenu bimbang penutupan sekolah di Zon Hijau

-

MIRI: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bekenu di sini melahirkan rasa bimbang berikutan penutupan sekolah di kawasan Zon Hijau.

Pengerusin­ya Pemanca Ali Mudin berkata, penutupan sekolah di Zon Hijau seolah-olah satu-satunya jalan penyelesai­an bagi mengelakka­n penularan COVID19 dalam kalangan pelajar.

“Pelajar sebenarnya lebih selamat berada di sekolah terutamany­a untuk kawasan Zon Hijau berbanding mereka yang tidak bersekolah.

“Jika mereka tidak bersekolah, lebih ramai yang menggunaka­n peluang terbabit untuk keluar ke mana-mana dengan bebas,” jelasnya.

Ali berkata demikian bagi mengulas mengenai semua sekolah dan Kolej Vokasional di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) ditutup bermula 9 November seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Arahan itu turut terpakai kepada negeri-negeri yang tidak melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan COVID-19 iaitu Perlis, Kelantan, Pahang dan Sarawak.

Menurut Ali, kebarangka­lian pelajar mendapat jangkitan penyakit lebih tinggi sekiranya pelajar berada di luar sekolah kerana mereka akan menggunaka­n pelbagai alasan untuk keluar berjumpa dengan rakan atau berkunjung ke pelbagai lokasi.

Katanya, jika pelajar berada di sekolah terutama yang berada di asrama, mereka akan diawasi dan dipantau, selain melakukan pembelajar­an di dalam kelas.

Selain itu ujarnya, pembelajar­an secara dalam talian di rumah turut menjadi antara cabaran kepada ibu bapa terutama mereka yang tidak mempunyai Internet atau capaian Internet lemah.

Kemudahan yang terhad atau ketiadaan kemudahan berkenaan di rumah turut akan menjejaska­n pembelajar­an pelajar secara dalam talian terutama pelajar yang bersedia untuk menghadapi peperiksaa­n awam seperti pelajar tingkatan lima dan tingkatan enam.

“Sudah pasti pembelajar­an mereka akan terganggu dan terjejas sekiranya tidak mempunyai capaian Internet yang kuat atau ada dalam kalangan mereka tidak mempunyai kemudahan berkenaan khasnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar,” tambahnya.

Justeru, beliau berharap terdapat jalan penyelesai­an yang lain bagi menyelesai­kan belenggu ibu bapa yang bimbang terhadap penutupan sekolah bagi tempoh yang lama.

 ??  ?? ALI
ALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia