Utusan Borneo (Sabah)

Empat sekawan usahakan tanaman cili di tanah terbiar

-

MESKIPUN tiada seorang daripada mereka mempunyai latar belakang dalam bidang pertanian, namun empat sekawan di Kampung Salor di Kota Bharu, nekad mengusahak­an tanaman cili secara komersial.

Ahmad Jauzi Jaafar, 30, Muhammad Hafizuddin, 31, Mohd Nasrullah Mat Nahi, 29, dan Ahmad Khairuni Nafis, 31, memulakan tanaman sebanyak 1,800 pokok cili hijau sejak dua tahun lepas di atas sebidang tanah kepunyaan datuk Ahmad Jauzi di tepi jalan yang selama ini terbiar.

Ahmad Jauzi berkata dia, Ahmad Khairuni dan Muhammad berkelulus­an dalam bidang elektronik manakala Mohd Nasrullah dalam bidang perniagaan, bertekad untuk memulakan projek tanaman selepas melihat betapa ruginya jika kawasan terbiar itu tidak diusahakan.

“Sebelum ini saya bekerja kilang di Johor namun pulang ke Kelantan kerana perlu menjaga keluarga yang sakit. Melihatkan tanah terbiar di tepi rumah...dari situ timbul idea untuk mengusahak­annya dengan tanaman cili,” katanya ketika ditemui di kebunnya di Kampung Salor baru-baru ini.

Katanya, mereka berempat berkongsi modal sebanyak RM20,000 untuk membeli peralatan tanaman, benih dan penyediaan medium tanah di kawasan seluas 0.3 hektar itu.

Pada peringkat awal, mereka mula menanam 1,000 pokok cili, namun tidak begitu menjadi disebabkan kurang pengetahua­n sehingga banyak pokok mati dan tidak mengeluark­an hasil, lantas mereka mendapatka­n nasihat daripada pihak yang berpengala­man.

“Kemudian, kami bertukar tanaman kepada timun batang selama semusim dan mula menampakka­n hasil. Selepas melihat kejayaan itu, kami kembali mengusahak­an tanaman cili kerana harga pasaran bagi cili hijau di Kelantan lebih mahal daripada timun dan kacang panjang,” katanya. Ahmad Jauzi berkata dia dan rakan-rakannya menggunaka­n teknik fertigasi bagi tanaman cili mereka kerana menjimatka­n masa dan mengehadka­n penggunaan tanah selain menjimatka­n penggunaan air berbanding teknik tanaman tradisiona­l yang menanam terus di atas tanah.

Selain itu, hasil tanaman mereka juga selamat untuk dimakan kerana menggunaka­n baja dan vitamin yang dihasilkan sendiri secara organik tanpa penggunaan racun kimia.

“Hasil tanaman cili sudah lebih 10 kali dituai, setiap kali tuaian kami mampu menghasilk­an sebanyak 200 kilogram cili hijau iaitu dua pertiga daripada keluasan tanaman. Dalam seminggu biasanya kami akan lakukan kutipan sebanyak tiga atau empat kali mengikut saiz cili,” katanya.

Ahmad Jauzi berkata kesemua hasil tuaian itu dijual kepada pemborong di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) di Tunjung dan harga pasaran cili hijau pada masa ini antara RM70 hingga RM80 bagi lima kilogram.

Sementara itu, Mohd Nasrullah berkata melihat potensi projek itu yang dapat membuahkan hasil lumayan mereka kini menyasarka­n untuk membuka lebih banyak kebun baharu bagi tanaman itu untuk memenuhi permintaan.

“Saya harap ada bantuan daripada pihak berwajib khususnya Jabatan Pertanian untuk kami membuka kebun baharu agar hasil pengeluara­n berterusan bagi memenuhi permintaan,” katanya.

Jelasnya, sebelum ini mereka berempat memulakan projek tanpa mendapat apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak walaupun ada membuat permohonan dan berharap selepas ini pihak kerajaan membuka mata kepada golongan muda yang ingin memulakan projek pertanian.

 ?? — Gambar Bernama ?? PINTU REZEKI: Ahmad (kanan) Muhammad (kiri) Mohd Nasrullah (dua kanan) dan Ahmad Khairuni (dua kiri) mengumpul cili hijau yang dipetik untuk dijual di Kampung Salor, Kota Bharu baru-baru ini.
— Gambar Bernama PINTU REZEKI: Ahmad (kanan) Muhammad (kiri) Mohd Nasrullah (dua kanan) dan Ahmad Khairuni (dua kiri) mengumpul cili hijau yang dipetik untuk dijual di Kampung Salor, Kota Bharu baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia