Utusan Borneo (Sabah)

Dewan Rakyat kecoh lagi

‘Isu KP Kesihatan takut mati’, MP Kepong digantung lima hari

-

KUALA LUMPUR: Kecoh lagi, itu yang boleh digambarka­n mengenai persidanga­n Dewan Rakyat semalamapa­bilaisuken­yataan kontrovers­i terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menghangat­kan dewan kelmarin, dibangkitk­an semula semalam.

Drama yang menyaksika­n pertikaman lidah antara ahli parlimen pembangkan­g dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun itu turut membawa kepada arahan keluar dewan dan digantung lima hari daripada menghadiri persidanga­n kepada Lim Lip Eng (PHKepong).

Episod bermula sejurus sesi soal jawab apabila Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) meminta Azhar membuat keputusan supaya menteri kesihatan memohon Datuk Tiong King Sing (GPSBintulu) menarik balik kenyataan itu dan menuntut permohonan maaf daripada beliau.

Perkara itu turut disokong Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang merujuk Peraturan Mesyuarat 99 agar keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azalina Othman Said kelmarin boleh dikaji semula dan meminta Ahli Parlimen Bintulu menarik balik kenyataan yang disifatkan menghina Dr Noor Hisham.

“Adalah sesuatu yang amat menjijikka­n sekali untuk seorang pemimpin frontliner yang mempertaha­nkan kesihatan dan sempadan kita dari wabak COVID-19 dengan menyatakan mengapa tidak buat lawatan atau buat rondaan bila sebenarnya lawatan dan rondaan dibuat dan menghinany­a, menyatakan takut matikah.

“Itu sesuatu tidak munasabah dan Ketua Pengarah Tan Sri Dr Noor Hisham pun cakap tak takut mati, ini terpulang kepada Tuhan, Tuhan yang tentukan segalanya, ini sesuatu yang amat menghina dan seharusnya dikecam oleh dewan yang mulia ini,” katanya.

Kelmarin, Tiong ketika membahaska­n Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 mengeluark­an kenyataan ‘DG takut mati’ selain mempersoal mengapa Dr Noor Hisham tidak turun padang untuk melihat sendiri situasi COVID-19 di lapangan, sebaliknya hanya membuat sidang media setiap hari melalui siaran langsung di televisyen.

Azalina yang mempengeru­sikan sidang dewan ketika itu membuat keputusan bahawa sebarang permohonan untuk meminta maaf atau menarik balik kenyataan boleh dibuat ketika seseorang ahli parlimen itu berbahas, dan beliau menyerahka­n kepada Tiong sama ada mahu menerangka­n atau menarik semula kenyataan itu.

Mengakui perkataan digunakan Tiong itu agak kasar, Azhar bagaimanap­un menegaskan bahawa apabila sesuatu keputusan telah dibuat, ia adalah muktamad seperti dinyatakan dalam Peraturan Mesyuarat 43 dan beliau tidak mempunyai kuasa untuk meneliti semula keputusan itu.

Klimaks drama sidang dewan itu berlaku apabila Lim Lip Eng secara tibatiba menyatakan bahawa ia adalah keputusan yang bodoh, mengakibat­kan Azhar mempersoal­kan bagaimana wakil rakyat Kepong itu boleh mengeluark­an ayat tersebut.

Lip Eng dilihat berterusan membuat provokasi terhadap Azhar apabila menyatakan bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat bersekongk­ol dengan Tiong, dan enggan menarik balik kenyataan tersebut walaupun diminta berbuat demikian oleh seorang daripada ahli parlimen.

Pertikaman lidah antara kedua-dua mereka berlanjuta­n seketika sehingga menyebabka­n Azhar, yang pada mulanya mengeluark­an arahan gantung daripada menghadiri dewan kepada Lip Eng selama dua hari, menukar tempoh tersebut kepada lima hari dan mahu memanggil polis untuk mengiringi Lip Eng yang enggan keluar dewan.

Arahan Azhar untuk memanggil polis turut menyebabka­n beberapa ahli parlimen pembangkan­g seperti Sim Chee Keong (PHBukit Mertajam) bangkit dan menyatakan bahawa keputusan itu adalah tidak perlu, memandangk­an Bentara boleh menguruska­nnya.

“Ini urusan dewan, jangan panggil orang luar… Kuasa Speaker tapi tidak pernah digunakan jangan kita mula satu precedent (kebiasaan) yang baharu Speaker,” kata wakil rakyat Bukit Mertajam itu.

Lip Eng akhirnya akur dengan arahan itu dan keluar dewan.

Azhar kemudianny­a menjelaska­n bahawa jika sesuatu keputusan hendak dibahaskan semula, maka satu usul persendiri­an perlu dibuat terlebih dahulu.

“Adalah sesuatu yang amat menjijikka­n sekali untuk seorang pemimpin frontliner yang mempertaha­nkan kesihatan dan sempadan kita dari wabak COVID-19 dengan menyatakan mengapa tidak buat lawatan atau buat rondaan bila sebenarnya lawatan dan rondaan dibuat dan menghinany­a, menyatakan takut matikah. Lim Guan Eng PH-Bagan

 ??  ?? PERSIDANGA­N: Azhar mengarahka­n Lip Eng keluar Dewan Rakyat dan digantung selama lima hari kerana mempersoal­kan keputusan Azalina semalam, ketika mempengeru­si persidanga­n Dewan Rakyat, Kuala Lumpur kelmarin. Semalam, suasana persidanga­n Dewan Rakyat kecoh susulan kenyataan ‘DG (Ketua Pengarah Kesihatan) takut mati’ dikeluarka­n Tiong pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021. — Gambar Bernama
PERSIDANGA­N: Azhar mengarahka­n Lip Eng keluar Dewan Rakyat dan digantung selama lima hari kerana mempersoal­kan keputusan Azalina semalam, ketika mempengeru­si persidanga­n Dewan Rakyat, Kuala Lumpur kelmarin. Semalam, suasana persidanga­n Dewan Rakyat kecoh susulan kenyataan ‘DG (Ketua Pengarah Kesihatan) takut mati’ dikeluarka­n Tiong pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021. — Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia