Utusan Borneo (Sabah)

Kes tikaman di taman England: Lelaki Libya mengaku bersalah

Serangan pada 20 Jun lalu menyebabka­n tiga maut, tiga cedera

-

LONDON: Seorang lelaki Libya kelmarin mengaku bersalah terhadap tiga pembunuhan dan tiga cubaan membunuh selepas menikam enam orang di sebuah taman Inggeris pada awal tahun ini.

Khairi Saadallah, 26, telah dijangka akan hadir di mahkamah bagi serangan di Forbury Gardens di Reading, barat London, pada petang Sabtu 20 Jun.

Namun dalam satu persidanga­n praperbica­raan di mahkamah Old Bailey di tengah London, dia mengaku bersalah ke atas tuduhan tersebut.

Saadallah pada mulanya ditangkap oleh polis kerana disyaki membunuh namun kemudian ditangkap semula di bawah perundanga­n menangani keganasan.

Kes pendakwaan adalah tikaman itu merupakan satu serangan pengganas – namun hakim Nigel Sweeney memberitah­u mahkamah Saadallah telah menafikan dia mendapat motivasi dari sebab ideologi.

Pendakwa raya Alison Morgan berkata kes itu membawa kepada hukuman “seumur hidup” di dalam penjara. Penjatuhan hukuman telah ditangguhk­an sehingga minggu 7 Disember.

Mahkamah akan memeriksa sama ada Saadallah telah mendapat inspirasi dari unsur agama, politik atau ideologi, mana-mana prameditas­i dan perancanga­n serta pengaruh bagi keadaan mentalnya pada masa itu.

Tiga sahabat – guru sejarah James Furlong, 36, ekspat Amerika Syarikat Joe Ritchie-Bennett, 39, dan David Wails, seorang saintis berusia 39 tahun – masingmasi­ng meninggal dunia akibat kecederaan daripada satu tikaman dalam serangan tersebut.

Tiga orang lagi telah dibawa ke hospital bagi kecederaan akibat ditikam untuk menerima rawatan dan kemudian dibenarkan pulang ke rumah.

Kejadian tikaman muncul selepas dua serangan pisau berprofil tinggi berhampira­n Jambatan London di tengah London, pada November tahun lepas, dan satu lagi di Streatham, di selatan ibu kota, pada Februari.

Dua orang terkorban dalam kejadian pertama dan tiga lagi tercedera dalam kejadian kedua.

Pelaku jenayah, keduaduany­a ditembak mati oleh polis bersenjata, adalah pengganas yang disabitkan yang telah dibebaskan awal dari penjara.

Saadallah dikenali oleh perkhidmat­an keselamata­n Britain selepas perisikan bahawa dia merancang untuk pergi ke luar negara, kemungkina­n bagi tujuan terorisme. Namun ancaman itu telah dilihat sebagai “tidak kukuh”.

Agensi berita domestik Press Associatio­n di Britain memetik dokumen mahkamah yang menyatakan Saadallah tiba di negara itu sebagai seorang pelarian, selepas meninggalk­an konflik di negara asalnya Libya.

Dia mempunyai enam pensabitan sebelum itu bagi 11 jenayah antara Jun 2015 dan Januari tahun lepas, termasuk serangan yang bersifat perkauman, kesalahan melibatkan penggunaan pisau dan jenayah kerosakan.

Pada November 2018, dia telah ditahan di bawah Akta Kesihatan Mental, dan dikatakan mempunyai sejarah berkaitan dengan hutang, gelandanga­n, alkohol dan penyalahgu­naan bahan terlarang.

Dia telah mengalami masalah stres pascatraum­atik, kemurungan dan masalah personalit­i yang membuatkan dia “agresif dan sukar dijangkaka­n”, menurut dokumen tersebut.

Dia telah dibebaskan awal dari penjara pada Jun selepas satu hukuman sebelum itu diringanka­n berdasarka­n satu rayuan.

 ?? — Gambar AFP ?? CARI PETUNJUK: Gambar fail diambil pada 22 Jun menunjukka­n pegawai forensik polis membuat pemeriksaa­n selepas kejadian tikaman di taman Forbury Gardens di Reading, barat London dua hari sebelumnya.
— Gambar AFP CARI PETUNJUK: Gambar fail diambil pada 22 Jun menunjukka­n pegawai forensik polis membuat pemeriksaa­n selepas kejadian tikaman di taman Forbury Gardens di Reading, barat London dua hari sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia