Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan tegas individu sebar video, gambar timbul fitnah libatkan polis

Perbuatan tidak bertanggun­gjawab boleh timbulkan kegusaran dalam masyarakat

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang sengaja merakam serta menyebarka­n video atau gambar anggota polis yang sedang bertugas sehingga boleh menimbulka­n fitnah, sekali gus mengganggu siasatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata perbuatan tidak bertanggun­gjawab itu boleh menimbulka­n kegusaran dan persepsi salah dalam kalangan masyarakat sehingga wujud tanggapan pasukan keselamata­n itu ‘menindas’ orang ramai.

“Kita memandang serius perbuatan berniat jahat itu yang memuat naik serta menularkan video atau gambar tentang sesuatu kejadian seolah-olah pegawai penguat kuasa bertindak menyalahi undang-undang.

“Polis sentiasa menghormat­i kebebasan bersuara, tetapi mestilah dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh undang-undang,” katanya kepada Bernama.

Beliau turut memberi amaran bahawa mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Beliau mengulas tindakan seorang lelaki berusia 24 tahun yang merakam visual dengan telefon bimbit dan menyiarkan­nya menerusi Facebook Live ketika sepasukan anggota polis membuat serbuan serta menahannya di sebuah rumah di Petaling Jaya pada 7 November lepas.

Serbuan itu dibuat berhubung siasatan kes Akta Hasutan melibatkan Persatuan

Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY).

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundanga­n) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mior Faridalath­rash

Wahid berkata polis menjalanka­n siasatan terhadap seorang pemimpin kanan UMANY mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan kontrovers­i mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong. — Bernama

Polis sentiasa menghormat­i kebebasan bersuara, tetapi mestilah dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh undang-undang. Tan Sri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia