Utusan Borneo (Sabah)

Penipuan SMS: Dua lagi direman termasuk pegawai syarikat telekomuni­kasi

-

PUTRAJAYA: Dua lagi individu termasuk seorang ketua pegawai teknologi sebuah syarikat telekomuni­kasi direman bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah membabitka­n penipuan sistem pesanan ringkas (SMS).

Majistret Siti Roslizawat­i Mohd Zanin mengeluark­an perintah reman selama lima hari bermula semalam sehingga 16 November terhadap kedua-dua lelaki berkenaan selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Ia menjadikan keseluruha­n enam individu direman berhubung siasatan kes itu setakat ini.

Menurut sumber SPRM, pegawai syarikat telco berusia 47 tahun dan ketua pegawai teknologi berusia 39 tahun itu ditahan antara jam 2.34 petang dan 5.14 petang di Ibu Pejabat SPRM di sini kelmarin selepas hadir memberi keterangan.

Sumber itu berkata, pegawai syarikat telco dan ketua pegawai teknologi itu dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatka­n maklumat data peribadi pelanggan yang menggunaka­n pelan prabayar.

“Nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan penyedia kandungan (content provider) dengan mengenakan bayaran langganan menerusi SMS tanpa pengetahua­n dan persetujua­n daripada pengguna,” katanya.

Kelmarin, seorang pegawai syarikat (telco) direman selama lima hari sehingga 15 November ini berhubung kes sama. Lelaki berusia 49 tahun itu disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM300,000 secara berperingk­at melalui akaun peribadiny­a daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatka­n senarai nombor telefon pelanggan yang menggunaka­n pelan prabayar dari 2017 hingga sekarang.

Pada Selasa, tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar ‘Datuk’ direman lima hari hingga 14 November kerana disyaki memberi rasuah berjumlah jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telco untuk mendapatka­n nombor telefon pelanggan bagi tujuan penipuan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Dua lagi individu termasuk seorang ketua pegawai teknologi sebuah syarikat telekomuni­kasi, Putrajaya direman bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah membabitka­n penipuan sistem pesanan ringkas (SMS), menjadikan keseluruha­n enam individu direman berhubung kes itu setakat ini.
— Gambar Bernama DIREMAN: Dua lagi individu termasuk seorang ketua pegawai teknologi sebuah syarikat telekomuni­kasi, Putrajaya direman bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah membabitka­n penipuan sistem pesanan ringkas (SMS), menjadikan keseluruha­n enam individu direman berhubung kes itu setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia