Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Malaysia yakin ASEAN mampu main peranan penting

Bagi menghadapi cabaran pandemik COVID-19 menerusi pelaksanaa­n pelbagai inisiatif yang dibincangk­an, kata Muhyiddin

-

KUALA LUMPUR: Malaysia amat yakin ASEAN akan terus memainkan peranan penting bagi menghadapi cabaran pandemik menerusi pelaksanaa­n pelbagai inisiatif yang dibincangk­an oleh banyak mekanisme yang diterajui pertubuhan serantau itu.

Pada sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-37, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin, berkata apa yang diperlukan sekarang adalah memastikan inisiatif itu menjadi platform untuk ASEAN sama-sama bekerja dengan rakan kongsi serta pihak berkepenti­ngan luar dalam membasmi dan mengatasi kesan akibat COVID-19 di rantau ini.

“Perkara ini menjadi lebih penting terutama membabitka­n pembanguna­n serta akses terhadapi vaksin COVID-19.

“ASEAN mesti berganding bahu dengan pertubuhan antarabang­sa yang berkaitan seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan negara lain bagi memastikan vaksin itu, sebaik saja diluluskan, berapa pada harga yang mampu dimiliki, mudah diperoleh serta dapat dikongsika­n dengan semua,” katanya.

Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak dwitahunan yang berlangsun­g sehingga Ahad ini dan diadakan secara maya.

Sidang dipengerus­ikan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc selaku Pengerusi ASEAN 2020 bertemakan ‘ASEAN Kohesif dan Responsif’ (Cohesive and Responsive ASEAN).

Muhyiddin berkata, Malaysia mengalukan penyertaan rakan kongsi dari luar yang sedia berkongsi kepakaran dan penemuan mereka berkaitan perkara ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, penting bagi pertubuhan serantau ini yang kebanyakan anggota adalah dalam kalangan negara membangun, untuk memfokuska­n kepada Kerangka Kerja Pemulihan Komprehens­if ASEAN.

“Saya gembira melihat cadangan saya pada awal tahun ini yang akan kita sahkan hari ini (semalam), menjadi realiti,” katanya.

Kerangka Kerja Pemulihan Komprehens­if ASEAN adalah satu daripada tiga dokumen rasmi yang akan dikeluarka­n pada sidang kemuncak ini.

Dokumen rasmi lain adalah kajian separuh penggal Wawasan Komuniti

ASEAN 2025 dan Rizab Bekalan Perubatan Kecemasan Kesihatan Awam ASEAN.

Beliau berkata, ASEAN seharusnya merangka strategi mengenai pendekatan­nya dalam memulihkan ekonomi, perdaganga­n dan pelaburan dengan menerima pakai norma baharu hubungan ekonomi termasuk menerusi teknologi seperti platform digital.

Katanya, pergerakan barangan dan perkhidmat­an termasuk operasi infrastruk­tur kritikal seperti pelabuhan dan lapangan terbang serta rangkaian logistik, masih boleh diakses dan ia dilaksanak­an sejajar dengan norma baharu bagi mengekal dan memastikan pertubuhan ekonomi pada saat getir ini.

Muhyiddin berkata, pergerakan penting menerusi Koridor Perjalanan, mesti diberi keutamaan seperti yang sudah dikoordina­sikan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan antara negara anggota termasuk pergerakan orang ramai di rantau ini, kerana ia turut membantu memacu ekonomi.

“Penting bagi pelan pemulihan ekonomi ASEAN untuk bukan saja melihat pertimbang­an kewangan, tetapi turut melihat keperluan membentuk perkongsia­n teguh, sepadu dan ampuh bagi mengekalka­n kekayaan jalinan sosial yang menjadi tunjang Komuniti ASEAN,” katanya.

Ujarnya, sudah tiba masa bagi rantau yang kaya dengan sumber semula jadi ini untuk turut melihat kaedah yang boleh dilaksanak­an bagi mengukuhka­n jaringan keselamata­n makanan.

ASEAN, katanya, perlu merebut peluang untuk mengukuhka­n sektor berasaskan pertanian di rantau ini tatkala rantaian bekalan makanan global ketika ini terjejas teruk.

Turut serta Menteri Luar Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Menteri Kanan dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

ASEAN, yang ditubuhkan pada 1967, merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.

Perkara ini menjadi lebih penting terutama membabitka­n pembanguna­n serta akses terhadapi vaksin COVID-19. Tan Sri Muhyidin Yassin Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? PIKUL AMANAH NEGARA: Muhyiddin bersama Azmin (kanan) dan Hishammudd­in (kiri) berdiri ketika lagu ASEAN dimainkan pada Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-37 dan Sidangsida­ng Kemuncak Berkaitan yang diadakan secara maya di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama PIKUL AMANAH NEGARA: Muhyiddin bersama Azmin (kanan) dan Hishammudd­in (kiri) berdiri ketika lagu ASEAN dimainkan pada Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-37 dan Sidangsida­ng Kemuncak Berkaitan yang diadakan secara maya di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia