Utusan Borneo (Sabah)

Kenyataan ‘DG takut mati’, CUEPACS mahu ahli Parlimen Bintulu mohon maaf

-

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan PekerjaPek­erja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) mendesak Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing memohon maaf susulan kenyataan “DG (Ketua Pengarah Kesihatan) takut mati” yang dibuat pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 kelmarin.

Presiden CUEPACS Adnan Mat menyifatka­n kenyataan mempersoal­kan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tidak turun padang untuk melihat sendiri situasi COVID-19

dibuat Tiong sangat keterlalua­n dan dilihat merendahka­n pengorbana­n penjawat awam yang bertungkus-lumus menyekat penularan COVID-19.

“Apatah lagi perbuatan merendah-rendahkan penjawat awam itu dilakukan di dalam Dewan Rakyat yang mulia.

“Kenyataan Yang Berhormat (YB) Bintulu adalah tidak wajar kerana tidak menyelidik­i terlebih dahulu maklumat sebenar sebelum mengeluark­an komen yang agak keras kepada penjawat awam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Adnan berkata, Tiong sepatutnya menggunaka­n saluran yang betul iaitu berjumpa sendiri dengan ketua pengarah atau menteri berkaitan untuk mengemukak­an pendapat peribadi atau aduan diterimany­a dan bukannya membuat serangan terbuka di Dewan Rakyat.

“Walaupun niat YB Bintulu adalah untuk menyuaraka­n masalah petugas barisan hadapan dan rakyat yang mungkin terlepas pandang oleh pihak kerajaan, CUEPACS berharap ia dibuat mengikut saluran yang betul kerana tidak adil untuk Ketua Pengarah Kesihatan diserang melalui platform yang beliau tidak boleh memberi penjelasan.

“Justeru itu, YB Bintulu wajar membuat permohonan maaf sebagai menghormat­i peranan semua petugas barisan hadapan dan Ketua Pengarah Kesihatan dalam memastikan kesihatan dan keselamata­n rakyat sepanjang usaha menyekat penularan COVID-19,” katanya berharap kejadian seumpama itu tidak berulang terutama melibatkan pemimpin politik kerana dibimbangi menjadi ikutan masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia