Utusan Borneo (Sabah)

Dr Mahathir, PEJUANG harap cadangan bernas diterima dalam Belanjawan 2021

-

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga Ahli Parlimen Bebas mewakili parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menangguhk­an keputusan untuk menyokong atau tidak Belanjawan 2021.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau berharap cadangan bernas yang diutarakan ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 diberikan tempat dalam belanjawan itu.

“Saya reserve diri saya dan parti saya untuk menyokong atau tidak Belanjawan 2021 kerajaan Perikatan Nasional ini,” katanya ketika membahaska­n rang undang-undang itu di Dewan Rakyat, semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) sebelum ini berkata BN menyatakan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021, sementara Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan belanjawan berkenaan hanya akan disokong jika ia benar-benar belanjawan untuk membantu rakyat menghadapi pandemik COVID-19 dan mengekang wabak itu.

Pada sidang media selepas itu, Dr Mahathir yang ditanya sama ada ia merupakan sokongan bersyarat, berkata: “Macam itulah, kena ada syarat. Saya tidak letak syarat tertentu tetapi nak dengar (cadangan).”

Dr Mahathir dalam perbahasan­nya berpendapa­t Belanjawan 2021 tidak perlu mencecah RM322.5 billion dengan peruntukan antaranya bagi pembanguna­n pejabat pelbagai kementeria­n sepatutnya ditangguh, sebaliknya peruntukan melawan pandemik COVID-19 ditambah.

Beliau berkata gaji menteri juga perlu dikurangka­n sekurang-kurangnya 10 peratus bagi membantu kerajaan menangani COVID-19.

“Saya akui kita telah tangani serangan COVID-19 dengan baik. Tahniah diucapkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, saya tidak fikir beliau takut mati. Tetapi, ada negara yang lebih berjaya daripada kita, ada teknologi baharu yang telah diperkenal, kita perlu belajar daripada mereka yang berjaya,” katanya.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut mencadangk­an supaya ujian COVID-19 diadakan lebih kerap bagi membolehka­n pengasinga­n dilakukan terhadap mereka yang dijangkiti sahaja.

“Apabila orang yang sihat dikenakan kuarantin termasuk semasa lockdown, daya keluar, produktivi­tinya tidak dapat menyumbang kepada ekonomi. Ekonomi negara akan merosot. Sesungguhn­ya lebih ramai orang yang sihat dikuaranti­n daripada mereka yang sudah dijangkiti,” katanya.

Dr Mahathir berkata Dasar Kemakmuran Bersama perlu diteruskan bagi mengurangk­an jarak kekayaan ekonomi antara bandar dan luar bandar ekoran kemiskinan di luar bandar menjadi lebih buruk kerana COVID-19.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia