Utusan Borneo (Sabah)

David Wong diminta bersabar tunggu pelaksanaa­n Projek Lingkaran Luar Sibu

-

KUCHING: Menteri Muda Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi meminta David Wong (DAP-Pelawan) bersabar menunggu pelaksanaa­n Projek Lingkaran Luar Sibu.

Julaihi dalam jawapan lisannya bagi pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkan­g tersebut, berkata projek itu telah dikemukaka­n kepada kerajaan negeri untuk pertimbang­an dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Bagaimanap­un ujar Julaihi, tarikh tepat bila projek itu akan dilaksanak­an belum dapat dipastikan kerana kita sekarang masih di penghujung RMK11.

“Projek yang kita kemukakan untuk RMK12 masih menunggu untuk diluluskan. Maknanya kita tidak dapat nyatakan bila projek dilaksanak­an tetapi sudah pasti ia tertakluk kepada kelulusan,” katanya.

Ujar Julaihi lagi, memandangk­an kita masih berada di penghujung RMK11 maka mana-mana projek yang dipastikan lulus untuk dilaksanak­an dalam RMK12 ialah projek sambungan yang perlu diteruskan daripada RMK11, ini prinsipnya.

Tetapi katanya, projek yang dikemukaka­n untuk dilaksanak­an dalam RMK12 belum diketahui tarikh untuk dilaksanak­an.

“Sebab kalau ia melibatkan jalan raya khususnya Sibu Outer Link (Lingkaran Luar Sibu) ia melibatkan pelaksanaa­n jalan raya yang melibatkan beberapa jajaran. Jadi ia tertakluk kepada kelulusan.

“Oleh itu apabila RMK12 tiba nanti, ia ada jangka masa lima tahun baru kita boleh menentukan tarikh mula laksanakan projek ini.

“Saya minta YB Pelawan bersabar kerana dari segi prinsipnya projek ini memang sudah dikemukaka­n kepada kerajaan negeri untuk pertimbang­an dalam RMK12,” ujarnya.

Jelas Julaihi lagi yang penting, apabila projek ini hendak dilaksanak­an ia akan mengambil kira jajaran mana yang terlibat serta aliran trafik di kawasan berkaitan kerana tujuan projek ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna.

“Inilah perkara yang kita ambil kira jadi saya berharap Pelawan (David Wong) bersabar untuk menunggu pelaksanaa­n ‘Sibu Outer Link’ ini,” katanya pada sesi pertanyaan Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

 ??  ?? RESPONS: Julaihi menjawab pertanyaan lisan pada Persidanga­n DUN Sarawak yang memasuki hari keempat semalam.
RESPONS: Julaihi menjawab pertanyaan lisan pada Persidanga­n DUN Sarawak yang memasuki hari keempat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia