Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan lancar Pelan Rekalibras­i untuk PATI

Ia akan dilaksanak­an mulai 16 November hingga 30 Jun 2021 kepada PATI yang berada di negara ini

-

“Pelan ini adalah untuk pendatang asing tanpa izin dalam negara dan jika mereka ingin bekerja secara sah boleh, dan kalau ingin pulang ke negara asal juga boleh. Kita beri tempoh sehingga 30 Jun. Datuk Seri Hamzah Zainudin Menteri Dalam Negeri

PUTRAJAYA: Kerajaan melancarka­n Pelan Rekalibras­i Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) merangkumi dua komponen utama — Program Rekalibras­i Pulang dan Program Rekalibras­i Tenaga Kerja yang akan dilaksanak­an bermula 16 November hingga 30 Jun 2021 kepada pendatang asing tanpa izin yang ada di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Program Rekalibras­i Pulang merupakan program yang membenarka­n PATI untuk pulang ke negara asal secara sukarela tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan.

Program Rekalibras­i Tenaga Kerja pula menjadikan PATI yang ada di negara ini sebagai pekerja asing yang sah, digajikan oleh majikan yang layak, tertakluk kepada syarat ketat yang diputuskan oleh kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia, katanya.

“Kita masih membeku kemasukan pekerja asing baharu ke Malaysia dan ia masih diteruskan.

“Pelan ini adalah untuk pendatang asing tanpa izin dalam negara dan jika mereka ingin bekerja secara sah boleh, dan kalau ingin pulang ke negara asal juga boleh. Kita beri tempoh sehingga 30 Jun,” katanya ketika melancarka­n Pelan Rekalibras­i PATI itu di Kementeria­n Dalam Negeri, di sini semalam.

Hamzah berkata, Pelan Rekalibras­i PATI itu akan dilaksanak­an oleh Jabatan Imigresen (JIM) dengan kerjasama strategik Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia (JTKSM) serta agensi-agensi kerajaan yang lain tanpa penglibata­n vendor atau pihak ketiga.

Menerusi pelan itu Hamzah berkata, kerajaan dijangka memperoleh kutipan hasil sebanyak RM95 juta daripada kompaun serta bayaran lain yang dikenakan terhadap pendatang asing tanpa izin dan majikan.

“Dalam landskap ekonomi yang tidak menentu akibat penularan pandemik COVID-19, kerajaan telah membuat timbang tara yang strategik terhadap pelan ini dengan menilai kesan positif serta kesan negatif pelaksanaa­nnya,” katanya.

Pertimbang­an turut diberikan dari aspek keperluan untuk mengumpulk­an data taburan serta demografi PATI di Malaysia bagi tujuan penguatkua­saan yang menyeluruh seperti digariskan dalam Pelan Holistik Penguatkua­saan PATI yang diperkenal­kan kerajaan sejak awal tahun ini.

“Pendataan PATI boleh diselarask­an melalui maklumat yang dikemukaka­n oleh PATI dan majikan semasa pendaftara­n program ini,” katanya.

Hamzah memberi jaminan penawaran program tenaga kerja kepada PATI sedia ada di Malaysia tidak akan menggugat pasaran serta peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat tempatan.

“Peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan adalah terjamin tertakluk kepada dasar penetapan nisbah pekerja tempatan dan pekerja asing yang berkuat kuasa ketika ini,” katanya menambah kerajaan sentiasa mengutamak­an rakyat tempatan bagi mengisi kekosongan tenaga kerja dalam semua sektor ekonomi.

Menjelas lanjut, Hamzah berkata empat sektor iaitu pembinaan, perkilanga­n, perladanga­n dan pertanian dibenarkan mengambil pendatang asing tanpa izin untuk bekerja dalam tempoh pelaksanaa­n Pelan Rekalibras­i PATI.

“Buat masa ini, hanya majikan yang beroperasi dalam empat sektor yang bersifat 3D iaitu dangerous, difficult dan dirty (kotor, bahaya dan sukar) dibenarkan untuk mengambil PATI sebagai pekerja,” katanya sambil menambah pelan itu hanya untuk PATI dari 15 negara sumber seperti Thailand, Kemboja, Nepal, Myanmar dan Bangladesh.

Hamzah berkata, satu Jawatankua­sa Pemandu Pelaksanaa­n Pelan Rekalibras­i PATI telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Jawatankua­sa itu dianggotai oleh pelbagai agensi seperti Kementeria­n Sumber Manusia (KSM), JIM, JTKSM serta beberapa agensi berkaitan yang berperanan untuk memantau dan mengawal selia pelaksanaa­n Pelan Rekalibras­i PTI.

Jawatankua­sa Khas bagi membincang­kan hal ehwal pekerja asing yang dipengerus­ikan bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia pula akan bermesyuar­at setiap tiga bulan, katanya.

Jawatankua­sa Khas peringkat menteri itu turut membincang­kan keperluan untuk meluaskan Pelan Rekalibras­i PATI kepada sektor-sektor lain kelak dan dasar berkaitan ekspatriat. Mesyuarat pertama jawatankua­sa ini dijadualka­n pada 3 Disember 2020, katanya.

KDN dan KSM bersetuju untuk mengintegr­asi dan berkongsi data bagi menguruska­n hal ehwal pekerja asing termasukla­h penyeragam­an pembayaran gaji melalui satu system e-wages yang sama dan perkara itu akan dibincangk­an dalam mesyuarat jawatankua­sa khas peringkat menteri akan datang, katanya.

“Majikan wajar mengambil peluang pelaksanaa­n pelan ini untuk mendaftark­an PATI sedia ada di negara ini sebagai sumber tenaga kerja di semua sektor ekonomi yang terlibat,” kata Hamzah.

Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Hamzah pada sidang media khas berkenaan Pelaksanaa­n Pelan Rekalibras­i Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Kementeria­n Dalam Negeri, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Hamzah pada sidang media khas berkenaan Pelaksanaa­n Pelan Rekalibras­i Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Kementeria­n Dalam Negeri, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia