Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perlu wujud dana kecemasan hadapi gelombang COVID-19: Ahli Parlimen

-

KUALA LUMPUR: Seorang ahli parlimen semalam mencadangk­an kerajaan mewujudkan dana kecemasan bagi menghadapi kemungkina­n berlakunya gelombang COVID-19 pada masa hadapan.

Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) berkata, dana kecemasan itu perlu sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan atau gelombang keempat dan seterusnya COVID-19.

“Kita baru-baru ini tercungap-cungap bila hadapi ledakan gelombang ketiga di Sabah...apakah ada jaminan tiada gelombang empat lima enam (COVID-19)?

“...sebab itu perlu penyediaan khusus ‘contingenc­y fund’ kalau berlaku kecemasan atau gelombang empat lima, enam, kita ada dana yang cukup,” katanya ketika membahaska­n Rang UndangUnda­ng Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat semalam.

Menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangk­an Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lepas, Kementeria­n Kesihatan diperuntuk­kan hampir RM32 bilion dengan RM4 bilion bagi menangani COVID-19.

Sementara itu, Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) ketika berbahas mencadangk­an supaya kesemua 2,000 pekerja kontrak KKM diserap menjadi kakitangan tetap kementeria­n itu selepas tamat pandemik COVID-19.

“Kita ada 2,000 kakitangan kontrak KKM yang diumumkan oleh pihak kementeria­n, saya nak minta tolong pihak kerajaan pastikan 2,000 kakitangan kontrak ini bila lepas (selepas) pandemik COVID-19, serap mereka kepada (menjadi) kakitangan tetap kerajaan.

“Mereka berkorban demi negara dalam soal nyawa, masa dan keluarga...bila kita selamat daripada COVID-19 kita tendang mereka, not fair (tidak adil). Serap mereka kepada jawatan tetap,” katanya.

Persidanga­n dewan bersambung Isnin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia