Utusan Borneo (Sabah)

Atlet Para Renang dapat kaki palsu lasak dua bulan lagi

-

BATU GAJAH: Atlet kurang upaya Wan Arief Firdaus Wan Ahmad Affendy tidak sabar untuk menggunaka­n kaki palsu baharu dua bulan lagi bagi membolehka­n beliau terus aktif dengan kegiatan lasak seperti bermain bola sepak dan berbasikal.

Wan Arief Firdaus, 16, yang dipilih menyertai skuad para renang negeri Perak kira-kira sebulan lepas, berkata kaki palsu yang digunakan ketika ini perlu ditukar mengikut tumbesaran tulang selain membataska­n pergerakan­nya ketika melakukan aktiviti lasak.

“Walaupun saya memang fokus kepada renang tapi saya tetap minat dengan sukan bola sepak dan berbasikal. Kaki palsu baharu nanti sangat-sangat memberikan motivasi kepada saya.

“Kaki palsu baharu itu sesuai untuk aktiviti lasak kerana ia lebih berat tapi tetap tidak sesuai untuk bawa berenang,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Komunikasi Korporat Strategik Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Siti Kamesah Bee Mohd Hashim di rumahnya di Kampung Sentang di sini semalam.

Turut hadir Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Perak Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh.

Semasa kunjungan itu, Siti Kamesah Bee menunjukka­n cek bernilai RM12,250 kepada Wan Arief Firdaus yang akan dikreditka­n terus kepada Bioapps Sdn Bhd, syarikat yang bertanggun­gjawab menghasilk­an kaki palsu tahan lasak untuk atlet tersebut.

“Kami terkesan dengan kesungguha­n yang ditunjukka­n adik Wan Arief Firdaus yang mahu menjadi atlet.

Ini yang kita mahukan dalam diri anak muda, mempunyai semangat juang untuk terus ke hadapan tanpa memikirkan tentang kekangan,” kata Siti Kamesah Bee.

Zetty Ferdaus Ramli, 37, ibu kepada Wan Arief Firdaus pula berkata sumbangan itu membawa kelegaan kepada keluargany­a.

“Kini kami sekeluarga dapat tidur lena tanpa perlu memikirkan dari mana perlu mencari wang sebanyak itu untuk membuat kaki palsu anak saya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Perak Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh (dua, kiri) menyampaik­an cek bernilai RM12,250 kepada atlet kurang upaya, Wan Arief Firdaus Wan Ahmad Affendy (tengah) di rumahnya di Kampung Sentang, Batu Gajah, semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Perak Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh (dua, kiri) menyampaik­an cek bernilai RM12,250 kepada atlet kurang upaya, Wan Arief Firdaus Wan Ahmad Affendy (tengah) di rumahnya di Kampung Sentang, Batu Gajah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia