Utusan Borneo (Sabah)

Program subsidi upah: PERKESO terima 345 aduan, 155 kes melibatkan tuntutan palsu

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) menerima 345 aduan terhadap majikan mengenai bayaran di bawah Program Subsidi Upah (PSU), dengan 155 kes melibatkan tuntutan palsu dan salah guna PSU.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim berkata setakat 30 Oktober, sebanyak 331,950 permohonan majikan bagi PSU diterima melibatkan 2.7 juta pekerja.

“PERKESO telah menerima 345 kes aduan terhadap majikan mengenai bayaran di bawah PSU melibatkan jumlah sebanyak RM19,986,200. Daripada aduan diterima, 155 kes tuntutan palsu dan salah guna dana PSU telah dikenal pasti oleh PERKESO untuk tindakan menuntut kembali bayaran daripada majikanmaj­ikan itu.

“Untuk makluman AhliAhli Yang Berhormat, bayaran kepada majikan yang terlibat dalam tuntutan palsu, pihak Kementeria­n akan gantung buat sementara waktu sehingga siasatan ke atas aduan-aduan selesai,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai jumlah majikan yang dikenal pasti membuat tuntutan palsu bagi program subsidi upah (PSU).Sementara itu, menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) mengenai status pindaan Akta Kerja 1955, Awang berkata pihaknya sedang dalam peringkat akhir bagi meminda akta itu dengan mewujudkan beberapa peruntukan baharu.

Ia termasuk pindaan melarang diskrimina­si terhadap pekerja, memanjangk­an tempoh cuti materniti, melarang pemberhent­ian kerja atas sebab kehamilan, memperkena­lkan waktu kerja fleksi dan mewujudkan cuti paterniti tujuh hari. “Sebuah Jawatankua­sa Teknikal bagi pindaan Akta Kerja 1955 turut ditubuhkan di bawah Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan dan telah pun mengadakan mesyuarat untuk meneliti dan memperinci cadangan pindaan ke atas akta ini,” katanya.

Beliau berkata bagaimanap­un, pencari kerja tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 kerana ia meliputi pekerja yang memasuki atau menjalin hubungan pekerjaan dengan seorang majikan dan satu hubungan pekerjaan secara kontrak perkhidmat­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia