Utusan Borneo (Sabah)

PKPD di tiga lokaliti di Kudat, Sabah dilanjutka­n sehingga 26 November

-

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di tiga lokaliti di Kudat, Sabah yang berakhir semalam, dilanjutka­n dua minggu lagi sehingga 26 November ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga lokasi itu ialah Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapur dan Kampung Landung Ayang.

Beliau berkata keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira nasihat dan penilaian risiko oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sehingga 11 Nov, KKM telah melakukan 14,096 saringan kepada penduduk di kawasan ini dan mendapati masih terdapat kes aktif di ketiga-tiga lokasi ini iaitu di Kampung Pengaraban sebanyak 21 kes aktif, di

Kampung Tanjung Kapur 10 kes aktif dan Kampung Landung Ayang 54 masih aktif.

“Pada masa sama terdapat sejumlah besar sampel ujian saringan masih menunggu keputusan oleh itu atas nasihat dan penilaian risiko KKM, kerajaan setuju supaya PKPD dilanjutka­n,” katanya dalam sidang media harian pelaksanaa­n PKP Pemulihan di sini semalam.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan menjelaska­n bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat berdasarka­n data yang lengkap daripada KKM bukan sahaja dari jumlah kes positif tetapi juga dari segi penilaian risiko.

“Ramai orang tanya atas alasan apa dan sebagainya (pelaksanaa­n atau perlanjuta­n PKPP dan PKPD). Seperti saya katakan, data lengkap diperoleh KKM dan setiap keputusan berdasarka­n data dan penilaian risiko termasuk dari segi kebolehjan­gkitan yang boleh berlaku.

“Inilah yang diambil kira KKM sebelum mereka nasihatkan Jawatankua­sa Khas Majlis Keselamata­n Negara yang dipengerus­ikan Perdana Menteri sebelum kita buat keputusan,” katanya. Sementara itu, beliau berkata seramai 431 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPP kelmarin dengan 413 dikompaun, 17 direman dan seorang lagi dijamin.

Antarakesa­lahanterma­suk tidak memakai pelitup muka (101), gagal menyediaka­n peralatan merekod butiran diri (78), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (72), aktiviti pusat hiburan (42), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (40).

Mengenai Ops Benteng bagi mengawal sempadan negara pula, Ismail Sabri berkata seramai 31 pendatang tanpa izin dan seorang tekong ditahan, manakala dua kenderaan darat turut dirampas kelmarin.

Orang ramai turut diminta menghubung­i hotline National Task Force di talian 011 6251 1223 untuk terus menyalurka­n maklumat berkenaan pendatang tanpa izin dan jenayah rentas sempadan.

Beliau turut memaklumka­n seramai 65,494 individu pulang ke tanah air mulai 24 Julai hingga semalam dan daripada jumlah itu, 9,961 sedang menjalani kuarantin wajibdi68h­oteldan21p­remis termasuk Institut Latihan Awam dan institusi pengajian swasta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERINTAH KAWALAN: Ismail Sabri ketika sidang media harian pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kementeria­n Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERINTAH KAWALAN: Ismail Sabri ketika sidang media harian pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kementeria­n Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia