Utusan Borneo (Sabah)

‘Alam Sekitar Tanggungja­wab Bersama’, wajar dihayati meskipun musim PKPB

-

MAJLIS Pelancaran Program Econova : Kuala Penyu Hijau sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat daerah Kuala Penyu telah diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lambidan dengan tema ‘Alam Sekitar Tanggungja­wab Bersama’.

Program ini dianjurkan oleh Kelab Rakan Alam Sekitar, SK Lambidan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu dan pelancaran telah disempurna­kan oleh Haji Abdullah Sarudin, Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Kuala Penyu pada 30 Oktober yang lalu.

Turut hadir ialah Zainuddin Shukor, IPD Menumbok, Talip Haji Jusin, YDP PIBG, SK Lambidan, Azrih Taip, Sektor Pembanguna­n Murid, PPD KP, Rozita Salleh, Guru Besar SK Lambidan, Awang Damit, PK Kokum SK Lambidan, Ester Ermelissa Ngoai, penyelaras program dan Mohammad Daud PK pentadbira­n, SK Lambidan.

Dalam ucapannya Abdullah berkata banyak kemusnahan alam sekitar berpunca daripada perbuatan kita sendiri seperti banjir yang melanda tanpa mengikut musim.

Katanya, dengan terjadinya pandemik COVID-19 ini banyak perubahan telah berlaku di negara kita.

“Pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan, hutan telah kembali menjadi hijau, sungai menjadi jernih sehingga kita dapat melihat ikan-ikan berenang di sungai.

Kataya, ini jelas membuktika­n bahawa segala kemusnahan alam adalah berpunca daripada sikap kita sendiri.

“Kita semua harus sedar dan mula bertindak untuk menjaga alam sekitar agar anugerah alam ini dapat diwarisi dan dinikmati oleh generasi akan datang,” jelasnya. Program yang telah bermula sejak 30 Oktober 2020 ini turut menjalanka­n aktivitiak­tiviti yang menarik seperti Kuiz Alam Sekitar Online dan Kempen Penanaman Pokok di lokasi masing-masing.

Seramai 683 orang menyertai Kuiz Alam Sekitar Online dan 277 orang telah menyertai Kempen Penanaman Pokok yang terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan terbuka.

Program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa kerana ianya disertai bukan sahaja oleh masyarakat dari daerah Kuala Penyu, malah dari luar daerah dan negeri juga turut sama-sama memeriahka­n program ini.

Ini menunjukka­n keprihatin­an masyarakat terhadap alam sekitar tidak terhalang walaupun dalam suasana PKPB.

Program seperti ini perlulah diteruskan pada masa akan datang kerana ia dapat memberikan impak yang mendalam dan dapat menyedarka­n masyarakat bahawa pentingnya menjaga alam sekitar dalam kehidupan kita.

 ??  ?? KENANGAN: Zainuddin (dari kiri), Haji Abdullah, Talip, Azrih, Rozita, Awang Damit, Ester Ermelissa dan Mohammad Daud.
KENANGAN: Zainuddin (dari kiri), Haji Abdullah, Talip, Azrih, Rozita, Awang Damit, Ester Ermelissa dan Mohammad Daud.
 ??  ?? SEMANAGAT: Seorang kanak-kanak menanam pokok sempena Program Econova : Kuala Penyu Hijau.
SEMANAGAT: Seorang kanak-kanak menanam pokok sempena Program Econova : Kuala Penyu Hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia