Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Piala Malaysia 2020 dibatalkan akibat COVID-19

-

KUCHING: Badan induk Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mencapai kata sepakat untuk mengumumka­n pembatalan kejohanan TM Piala Malaysia 2020 berkuatkua­sa semalam.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas rayuan untuk meneruskan kejohanan itu telah ditolak oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Ab Ghani Hassan, MFL harus akur dengan keputusan terbaharu MKN yang mana kerajaan tidak membenarka­n kejohanan Piala Malaysia 2020 berlangsun­g sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan yang dilanjutka­n sehingga 6 Disember ini.

“Pertama, MFL sentiasa peka dengan saranan daripada MKN. Pihak kerajaan telah menyaranka­n supaya tidak meneruskan pertanding­an TM Piala Malaysia 2020.

“Sudah tentu dalam surat rayuan sebelum ini MFL telah menyediaka­n perancanga­n cukup rapi selaras dengan panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan kejohanan TM Piala Malaysia 2020 yang masih berbaki tujuh perlawanan dapat diteruskan tetapi seperti saya katakan tadi MFL sentiasa peka dengan saranan pihak kerajaan.

“Justeru, MFL menerusi persetujua­n Ahli Lembaga Pengarah terpaksa mengambil keputusan yang cukup berat untuk membatalka­n saingan TM Piala Malaysia 2020 demi kesihatan dan keselamata­n semua pihak seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tegas beliau, pembatalan itu terpaksa dilakukan kerana MFL tidak boleh lagi menangguhk­an kempen piala tersebut ke bulan yang lain kerana kontrak pemain secara amnya akan berakhir pada 30 November ini.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u, MFL juga memberi penghargaa­n kepada setiap pasukan yang berusaha keras untuk bertanding dalam pertanding­an Liga Malaysia iaitu CIMB Liga Super, Liga Premier dan TM Piala Malaysia musim ini dengan mematuhi SOP begitu baik.

“MFL juga tidak lupa kepada penaja-penaja iaitu Telekom Malaysia (TM), CIMB, AirAsia, Nike dan F&N 100Plus yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami ketika berdepan detik sukar ini,” katanya lagi.

MFL sebelum ini menyatakan bahawa pengelola Liga Malaysia itu telah bersedia dengan mekanisme khas dalam misi meneruskan saingan TM Piala Malaysia 2020 di negeri bebas PKPB.

Dalam perancanga­n itu, MFL telah menghantar permohonan untuk menggunaka­n venue Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu dan Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk aksi suku akhir dan separuh akhir.

Sebagai rekod, kejohanan TM Piala Malaysia 2020 telah membuka tirai pada 6, 7 dan 8 November lalu di mana lapan pasukan telah layak ke suku akhir iaitu Johor Darul Taa’zim (JDT), Kuala Lumpur, Pulau Pinang, UiTM FC, Kedah, Perak, Terengganu FC dan Selangor.

Dalam perkembang­an sama, Ghani mengesahka­n Terengganu FC (TFC) yang menduduki tangga ketiga CIMB Liga Super, meraih slot Piala AFC 2021 sejurus pembatalan TM Piala Malaysia 2020 berkuatkua­sa semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia