Utusan Borneo (Sabah)

Barca akan saman Neymar sebanyak RM51 juta

-

MADRID: Barcelona akan menyaman Neymar untuk jumlah 10.2 juta euro (RM51 juta) yang mereka percaya mereka telah terlebih bayar kepada pemain Brazil itu ketika dia masih bersama kelab tersebut, laporan akhbar El Mundo menyebut kelmarin.

Neymar menikmati kejayaan di Barca antara 2013 hingga 2017 sebelum dia menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan harga 222 juta euro (RM1.1 bilion), satu bayaran rekod dunia.

Tetapi menurut akhbar di Sepanyol, El Mundo, pemeriksaa­n oleh pejabat percukaian di Sepanyol menunjukka­n Barcelona “tidak membuat penguranga­n yang sewajarnya ketika membayar cukai Neymar.

Pejabat percukaian di Sepanyol mengira Neymar mendapat faedah daripada “pengayaan tidak adil”, laporan itu menambah.

Sumber Barcelona mengesahka­n kepada AFP, kelab itu kini akan cuba menuntut semula jumlah yang dihutang kepada mereka.

Neymar mempunyai cukai tertunggak yang lebih banyak dengan pihak berkuasa Sepanyol berbanding manamana individu lain, dengan hutang sebanyak 34.6 juta euro, menurut satu dokumen rasmi yang dikeluarka­n pada

September lalu.

Pihak berkuasa fiskal Sepanuol juga dilaporkan menyiasat dia perpondaha­n Neymar, termasuk ketibaanny­a di Camp Nou dari kelab di Brazil, Santos, pada 2013 dan pemindahan­nya yang bersejarah ke PSG empat tahun kemudian.

Di antara kedua-dua perpindaha­n itu, Neymar turut menandatan­gani kontrak baharu bersama kelab Catalan itu pada 2016, yang memaparkan bonus kesetiaan sebanyak 26 juta euro (RM130 juta) yang enggan dibayar oleh Barca selepas dia meninggalk­an kelab itu dan pergi ke Parc des Princes.

Sebuah mahkamah di Sepanyol membuat keputusan yang memihak kepada kelab itu pada Jun lalu dan mengarahka­n Neymar untuk membayar 6.79 juta euro (RM34 juta) kepada Barcelona. — AFP

 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia