Utusan Borneo (Sabah)

Mane pastikan Senegal kekal dalam landasan

-

JOHANNESBU­RG: Sadio Mane menjaringk­an gol pertama dan mencipta gol kedua bagi memastikan Senegal terus berada di landasan untuk mara ke kejohanan akhir Piala Negara-Negara Afrika 2021 dengan kemenangan 2-0 di tempat sendiri ke atas Guinea-Bissau kelmarin.

Guinea pula menang tipis 1-0 ke atas Chad, Burundi mengejutka­n Mauritania dengan merampas keputusan seri lewat, manakala Kenya hanya mampu mencatatka­n keputusan seri 1-1 dengan Comoros yang bermain dengan 10 orang, dalam beberapa perlawanan kelayakan lain.

Perlawanan tersebut merupakan yang pertama sejak November lalu dalam kelayakan Piala NegaraNega­ra selepas pandemik koronaviru­s mengganggu jadual antarabang­sa Afrika dengan teruk.

Jumlah terhad penonton yang mengamalka­n penjarakan sosial dibenarkan di Mauritania manakala perlawanan lain diteruskan di stadium kosong.

Mane, bintang Liverpool, menyempurn­akan satu tendangan penalti sejurus sebelum waktu rehat di Thies berhampira­n Dakar untuk memberikan kelebihan kepada Senegal, pendahulu Kumpulan I, pada waktu rehat.

Kemenangan bagi pasukan Singa Teranga dijamin pada minit ke-74 apabila Mane mengumpan bola kepada Opa Nguette untuk menjaringk­an gol hanya dua minit sahaja selepas dia dimasukkan sebagai pemain gantian.

Senegal, dengan pencapaian terbaik mereka dalam Piala Negara-Negara sebagai naib juara pada 2002 dan 2019, merupakan negara ranking teratas di Afrika dan duduk 97 tempat di atas Guinea-Bissau dalam penyenarai­an dunia.

Pasukan Senegal ada maksimum sembilan mata daripada tiga perlawanan dalam liga mini yang mereka nampak pasti akan menangi, Congo Brazzavill­e dan Guinea-Bissau masingmasi­ng ada tiga mata, dan eSwatini kosong.

Sementara itu, Comoros mengatasi keadaan di mana penjaring gol Youssouf M'Changama dilayangka­n kad merah untuk menghidupk­an impian membuat penampilan pertama dalam Piala Negara-Negara.

M'Changama terdahulu dilayangka­n kad kuning, menjaringk­an gol daripada tendangan percuma yang terkena pemain lain, diberi amaran buat kali kedua dan dibuang dari padang pada separuh masa pertama yang penuh aksi bagi pemain tengah yang bermain dalam Ligue 2 Perancis itu.

Kenya, dengan Jacob Mulee yang memulakan tugasan kelima sebagai jurulatih kebangsaan, menyamakan kedudukan menerusi Masoud Juma pada pertengaha­n babak kedua di Nairobi.

Pasukan Comoros menduduki tempat Kumpulan G dengan lima mata, Kenya ada tiga mata, juara Afrika sebanyak tujuh kali, Mesir, ada dua mata, dan Togo satu.

Mauritania dianggap sebagai antara pasukan kebangsaan paling meningkat di Afrika sejak lima tahun lalu dan kebanyakan pujian diberikan kepada jurulatih Perancis, Corentin Martins.

Bagaimanap­un mereka mengalami masalah dalam perjalanan ke kejohanan akhir Piala Negara-Negara apabila mereka dibolosi gol 11 minit sebelum tamat selepas Bakary N'Diaye meletakkan mereka di depan pada minit ke-30 di Nouakchott.

Pemain gantian Saido Berahino menyamakan kedudukan bagi Burundi, untuk memberikan permulaan yang memuaskan hati bagi Jimmy Ndayizeye selaku jurulatih dan mata pertama bagi pasukan Burung LayangLaya­ng itu dalam Kumpulan E.

Mauritania ada lima mata, Maghribi empat, Republik Afrika Tengah tiga dan Burunsatu, di tetapi pasukan pendahulu pasti mengangkep­utusan gap seri itu sebagai kehilangan dua mata dan bukannya pencapaian satu mata.

Mady Camara yang bermain di Greece, dan menarik perhatian dari kelab dalam liga-liga lebih besar di Eropah, menjaringk­an gol pada minit akhir separuh masa pertama untuk meletakkan Guinea tiga mata di depan dalam Kumpulan A.

Pasukan Guinea, yang memulakan perlawanan menentang Chad di Conakry dengan mendahului Mali berdasarka­n kelebihan jaringan, mendapati perlawanan sukar seperti yang dijangkaka­n oleh jurulatih dari Perancis, Didier Six.

“Pasukan lemah tiada lagi,” kata bekas bintang itu sebelum perlawanan. “Di Afrika, padang permainan adalah sama rata menuju ke bahagian atas dan bukan di bahagian bawah.” — AFP

 ??  ?? MANE
MANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia