Utusan Borneo (Sabah)

Status ‘legenda’ dalam dakapan

Kejuaraan dunia ke-7 Hamilton jamin gelaran ‘terbaik antara terbaik’

-

ISTANBUL: Lewis Hamilton dapat memenangi kejuaraan pemandu dunia ketujuh untuk menyamai rekod, seterusnya meletakkan diri sebagai ‘terbaik antara yang terbaik’ dan menyediaka­n pentas bagi rundingan yang sekian lama dinantikan untuk kontrak baharu bersama Mercedes di Grand Prix Turki pada hujung minggu ini.

Pelumba British itu hanya perlu menghalang rakannya dalam pasukan Mercedes, Valtteri Bottas, daripada mengutip lapan mata lebih banyak daripada jumlah matanya untuk mempertaha­nkan kejuaraann­ya dan, dalam mata ramai termasuk bekas seteru dari pasukan Ferrari, Felipe Massa, seterusnya menjadi pemandu paling berjaya dalam sejarah F1.

Kejuaraan ketujuh akan meletakkan­nya pada tahap yang sama dengan rakan Massa dalam pasukan Ferrari, Michael Schumacher, bagi jumlah kejuaraan, tetapi dengan rekod bagi kemenangan, petak pertama dan podium, selain penyudah mata berturut-turut, dia pada pandangan ramai sudah pun menjadi ‘paling hebat sepanjang zaman’.

Massa dari Brazil, yang gagal mencapai kejuaraan ketika Hamilton memenangi kejuaraan pertamanya di Sao Paulo pada 2008, tidak ada keraguan bahawa pelumba Inggeris itu, yang akan menyaksika­n kontraknya tamat pada hujung tahun ini, berhak mendapat gelaran itu dan gaji untuk menandingi­nya.

“Lewis benar-benar dapat menjadi terbaik antara yang terbaik dan semua orang akan menyatakan­nya selama bertahun-tahun, atau mungkin selama beberapa dekad, atau sebagainya,” katanya kepada podcast F1 Nation.

“Jadi, saya rasa dia sedang bersiap sedia untuk kontraknya selama dua atau tiga tahun.

Hamilton meninggalk­an Grand Prix Emilia Romagna di Imola pada awal bulan ini dengan satu bayangan yang sukar difahami bahawa dia mungkin tidak akan berlumba lagi pada 2021, selepas kemenangan­nya yang ke-93 dan menambah rekod menjamin pasukan Mercedes memenangi kejuaraan pembuat kereta ketujuh berturut-turut yang tiada tandingan.

Idea mengenai persaraan ditolak oleh ketua pasukannya Toto Wolff, yang juga akan tamat kontrak pada tahun ini. Massa berpendapa­t

Hamilton bakal menikmati kontrak baharu yang lumayan sebelum sebarang ‘had gaji’ yang disahkan dalam sukan permotoran.

“Saya ingat ketika Michael menjadi rakan sepasukan saya dan dia adalah seperti itu,” katanya. “Michael sama sekali berbeza daripada semua orang lain dari segi segalanya – dalam rekod, angka dan gaji.

“Yang pasti, Michael membantu ramai pemandu lain untuk menaikkan gaji mereka. Itulah apa yang Lewis cuba lakukan, pada pandangan saya. Saya rasa dia ‘berbuat betul’ dan dia berhak mendapatka­nnya.”

Dalam kata-kata paling mudah, Hamilton akan menjadi juara lagi jika dia menewaskan Bottas, yang ketinggala­n 85 mata di belakangny­a dengan baki empat perlumbaan lagi.

Untuk pelumba Finland itu menghidupk­an peluangnya sendiri untuk memenangi kejuaraan, dia mesti mengatasi jumlah mata Hamilton dengan kelebihan sembilan mata atau lebih. — AFP

Lewis benar-benar dapat menjadi terbaik antara yang terbaik dan semua orang akan menyatakan­nya selama bertahun-tahun, atau mungkin selama beberapa dekad, atau sebagainya. Felipe Massa Pemandu pasukan Ferrari

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia