Utusan Borneo (Sabah)

Penampilan sulung Thuram terjejas

Anak Lilian itu menyaksika­n impiannya untuk meraikan penampilan sulung berkecai selepas tewas 2-0 kepada Finland

-

PARIS:Finlandmer­osakkan parti Marcus Thuram kelmarin selepas mereka menewaskan Perancis 2-0 pada hari penyerang itu mencontohi bapanya Lilian Thuram dengan membuat penampilan sulungnya untuk pasukan Les Bleus.

Thuram dipilih oleh Didier Deschamps untuk perlawanan persahabat­an itu di Stade de France lebih 22 tahun selepas bapanya memenangi Piala Dunia di stadium yang sama, tetapi walaupun mempamerka­n prestasi yang mantap di sayap kiri, dia tidak dapat menghalang kemenangan pasukan Finland.

Pemain berusia 23 tahun itu melakukan cubaan yang terkena palang gol tidak sampai 15 minit selepas perlawanan bermula dan tidak lama kemudian meledakkan rembatan sukar yang tinggi apabila dia dan Lucas Digne menimbulka­n masalah yang berterusan di sebelah kiri untuk pasukan pelawat.

Bagaimanap­un Marcus Forss mengejutka­n pasukan tuan rumah apabila dia mengutip bola selepas satu kesilapan Moussa Sissoko dan merembat bola masuk di tiang dekat Steve Mandanda.

Perancis belum sempat lagi bertindak balas sebelum Onni Valakari menggandak­an kelebihan pasukan pelawat dengan satu cubaan mengejutka­n selepas dibiarkan berlari dengan mudah ke arah gol.

Keputusan itu pasti mengecewak­an Deschamps tetapi dia pasti gembira dengan prestasiTh­uram,yang lebih mengagumka­n berbanding beberapa pemain antarabang­sa lebih berpengala­man, termasuk Paul Pogba dan Olivier Giroud.

“Ia adalah separuh masa pertama yang bagus walaupun kami dibolosi gol,” kata

Thuram kepada saluran TV, M6.

“Saya cuba belajar dengan banyak di sisi pemain antarabang­sa lain, dan menimba sebanyak mungkin pengalaman. Saya harap ia akan berterusan.”

Dia mungkin akan dipilih untuk perlawanan Perancis, juara Piala Dunia, yang akan datang dalam Liga Negara-Negara menentang juara Eropah, Portugal, dan Sweden. Deschamps berkata pada minggu lepas bahawa anak rakan lamanya dalam pasukan Perancis itu sudah “naik satu tahap lagi” sejak dia menyertai Moenchengl­adbach

dari kelab di Perancis, Guingamp, pada Julai 2019.

Lilian Thuram merupakan pemain paling kerap mewakili negara dalam sejarah pasukan kebangsaan Perancis dengan 142 penampilan dan selain daripada memenangi Piala Dunia ’98, dia juga menang bersama Deschamps di Euro 2000.

Cristiano Ronaldo meneruskan usahanya untuk memecah rekod sepanjang zaman bagi jaringan antarabang­sa terbanyak apabila dia menjaringk­an golnya yang ke-102 untuk Portugal dalam kemenangan 7-0 mereka ke atas Andorra.

Pasukan lawan Perancis esok (Sabtu) itu dalam perlawanan yang mungkin penentuan dalam Kumpulan 3, Liga Juara-Juara A, menang mudah ke atas pasukan lawan mereka yang lemah di Lisbon walaupun tidak menurunkan seorang pun anggota pasukan yang menewaskan Sweden 3-0 pada bulan lepas.

Ronaldo tidak bermain dalam perlawanan itu selepas didapati positif bagi koronaviru­s dan dimasukkan pada waktu rehat kelmarin, tetapi terpaksa menunggu sehingga lima minit sebelum tamat untuk mencerahka­n lagi usahanya memecah rekod dengan satu tandukan jarak dekat.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei, memegang rekod itu dengan 109 jaringan.

Itali melanjutka­n siri tanpa kalah mereka kepada 20 perlawanan selepas barisan kesebelasa­n kedua utama dengan selesa menewaskan Estonia 4-0.

Penantian Frank de Boer untuk kemenangan pertama sebagai jurulatih Belanda dilanjutka­n selepas pasukannya seri 1-1 dengan Sepanyol dalam perlawanan persahabat­an di Amsterdam kelmarin.

De Boer kini sudah bermain dalam empat perlawanan tanpa kemenangan sejak dilantik pada September lalu untuk menggantik­an Ronald Koeman, yang meletak jawatan untuk mengambil alih tugas di Barcelona.

Jaringan pada separuh masa pertama oleh penyerang Benfica, Luca Waldschmid­t, menjamin kemenangan 1-0 bagi Jerman ke atas Republik Czech, manakala dua gol Michy Batshuayi membantu Belgium mencatatka­n kemenangan 2-1 ke atas Switzerlan­d. — AFP

Saya cuba belajar dengan banyak di sisi pemain antarabang­sa lain, dan menimba sebanyak mungkin pengalaman. Saya harap ia berterusan. Marcus Thuram Pemain kebangsaan Perancis

 ?? — Gambar AFP ?? BERTEMBUNG: Sebahagian dari babak-babak aksi perlawanan persahabat­an antarabang­sa di antara Perancis dan Finland di Stade de France di Paris.
— Gambar AFP BERTEMBUNG: Sebahagian dari babak-babak aksi perlawanan persahabat­an antarabang­sa di antara Perancis dan Finland di Stade de France di Paris.
 ??  ?? MENONJOL: Persembaha­n Thuram semasa beraksi dalam perlawanan itu.
MENONJOL: Persembaha­n Thuram semasa beraksi dalam perlawanan itu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia