Utusan Borneo (Sabah)

Dasar prihatin amat diperlukan di negeri Sabah

- AMANDA YEO

KUALA LUMPUR: Dengan pengenalan Perintah Kawalan Pengerakan Bersyarat (PKPB) semula baru-baru ini, sektor pelanconga­n, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan golongan perpendapa­tan rendah telah mula risau atas kesan buruk PKPB.

Rakyat Sabah, khususnya, berasa amat terkesan kerana masih ramai peniaga tempatan yang sedang bergelut untuk pulih dari kesan negatif peraturan ketat yang dikenakan pada pertengaha­n Mac hingga 9 Jun.

Gelombong ketiga penularan COVID-19 telah mengancam negeri yang termiskin di Malaysia dan menyebabka­n kadar kemiskinan di negeri Sabah (berdasarka­n Pendapatan Garis Kemiskinan 2019) meningkat lebih daripada 19.5%.

Lebih banyak agensi pelanconga­n, hotel dan PKS akan menamatkan perniagaan mereka dalam beberapa bulan ini. Hal ini menyebabka­n sebanyak 615,000 rakyat Sabah jatuh dalam golongan miskin mutlak, memandangk­an sebahagian besar pekerja berkemahir­an rendah di negeri itu hanya bergantung pada upah harian bagi meneruskan kehidupan dan tidak mempunyai wang simpanan sendiri.

Walaupun kerajaan negeri berusaha sedaya upaya untuk mengurangk­an kesan negatif ekonomi dengan membenarka­n perniagaan beroperasi sempena PKPB, kebanyakan rakyat Sabah dan peniaga tempatan bimbang atas kenaikan tiga angka berterusan yang ditunjukka­n dalam jangkitan harian COVID-19 di negeri ini.

Untuk mengurangk­an risiko jangkitan, kebanyakan peniaga menutup kedai mereka secara sementara. Dengan perbelanja­an pengguna yang lebih rendah, mereka yang belum pulih dari Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) akan menjadi golongan yang paling terjejas.

Ini dapat dilihat dari sektor pelanconga­n di negeri Sabah yang menyumbang sebanyak 15% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Oleh kerana negeri Sabah telah menghentik­an penerbanga­n dari China dan negara-negara asing sejak 30 Januari, jumlah pengunjung luar negara dari Januari hingga Julai telah menurun sebanyak 66.2%.

Penutupan sempadan antarabang­sa juga telah menyebabka­n kebanyakan PKS di sektor pelanconga­n yang khusus dalam pelancong asing tidak mempunyai pendapatan lebih daripada enam bulan.

Walaupun industri pelanconga­n di negeri Sabah telah pulih secara beransur-ansur mulai bulan Julai dan Ogos, pemulihan setakat ini masih perlahan kerana kebanyakan pelancong adalah dari luar negara, terutamany­a dari China dan Korea Selatan.

Oleh sebab pendapatan yang dihasilkan dari pelanconga­n domestik lagi rendah dari pelanconga­n antarabang­sa, Jesselton Point di Kota Kinabalu, di mana banyak syarikat pelanconga­n beroperasi, menjadi sepi. Ada juga yang memaparkan tanda-tanda ‘untuk disewa’ di lot kedai masing-masing.

Dengan larangan keluar antara negeri dan pengenalan semula PKPB, hal ini telah menimbulka­n beban yang lebih berat dikalangan hotel dan agensi pelanconga­n di negeri Sabah. Banyak telah dilanda gelombang pembatalan dan memaksa mereka untuk menghentik­an operasi secara sementara atau kekal.

Bukan hanya sektor pelanconga­n, PKS dari sektor lain akan turut terjejas akibat gelombang ketiga COVID-19 memandangk­an pengguna akan mengurangk­an perbelanja­an mereka.

Berdasarka­n kajian yang dilakukan oleh Persatuan PKS Malaysia pada bulan Ogos ini, antara 1,713 ahli persatuan, 20% sedang mempertimb­angkan untuk menamatkan perniagaan mereka secara kekal dalam enam bulan ini, sementara 22% mempunyai aliran tunai yang hanya mencukupi selama sebulan; 27% dapat meneruskan perniagaan mereka sehingga November dan 31% sehingga Disember.

Angka-angka yang membimbang­kan ini telah menunjukka­n bahawa lebih banyak PKS di negeri Sabah tidak dapat meneruskan operasi perniagaan mereka sekiranya kerajaan negeri tidak memperkena­lkan lanjutan moratorium pinjaman dan subsidi upah dalam tempoh PKPB ini.

Bukan hanya majikan, pekerja yang berasal dari keluarga berpendapa­tan rendah boleh dikatakan lebih susah pada hari ini berbanding pada bulan Mac.

Dengan kehilangan pekerjaan dan pendapatan, mereka akan jatuh miskin dan berhutang. Mereka mungkin tidak mampu membeli barang keperluan harian untuk menampung kehidupan mereka.

Menurut data pengedaran bakul makanan dari Jawatankua­sa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah, jumlah bakul makanan yang diedarkan di seluruh negeri Sabah adalah sebanyak 159,310 bakul pada 12 November, yang hanya dapat memanfaatk­an sebanyak 26% daripada 615,000 isi rumah berpendapa­tan rendah.

Sebilangan penduduk Semporna yang berada di bawah Perintah Kawalan Pengerakan Diperketat­kan (PKPD) Secara Pentadbira­n tidak menerima bakul makanan sekurang-kurangnya empat hari.

Untuk memudahkan penyampaia­n bantuan, kerajaan negeri Sabah haruslah menandakan semua keluarga berpendapa­tan rendah ke dalam peta mereka, terutamany­a penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.

Oleh kerana banyak keluarga berusaha untuk memenuhi keperluan harian, bakul makanan juga haruslah merangkumi barang keperluan seperti lampin bayi, susu formula, tuala wanita atau ubat-ubatan.

Dengan PKPB sekarang yang telah dilanjutka­n sehingga 9 Desember, kerajaan negeri Sabah seharusnya memperkena­lkan pakej rangsangan secara komprehens­if – memberikan bantuan sementara bagi PKS, terutamany­a sektor pelanconga­n dan golongan berpendapa­tan rendah selain menangani masalah pengekalan.

Di samping itu, kerajaan negeri Sabah perlu mengambil kira permintaan lanjutan moratorium dari persatuan hotel, pelanconga­n dan PKS. Dengan lanjutan moratorium tiga hingga enam bulan seara automatik, PKS, B40 dan M40 di negeri Sabah dapat menyelesai­kan bayaran pinjaman bank mereka setelah wabak ini berakhir.

Selain memperkena­lkan lanjutan moratorium, kerajaan negeri Sabah boleh merujuk inisiatif Wilayah Cakna dari Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dengan memberikan pengecuali­an sewa selama tiga bulan kepada PKS di negeri Sabah.

Dengan pengecuali­an sewa, mereka akan memiliki beban kewangan yang lebih rendah dalam memenuhi perbelanja­an operasi mereka yang meliputi overhead, insurans, iklan dan promosi serta penambahba­ikan dan penyelengg­araan.

Sekarang adalah masa untuk kerajaan negeri Sabah memikirkan apa yang rakyat perlukan, bukannya apa yang mereka mahukan.

Dengan memperkena­lkan dasar prihatin di peringkat negeri, kerajaan negeri Sabah akan dilihat sebagai kerajaan prihatin yang selalu turun padang supaya memenuhi keperluan rakyat. - (Artikel oleh Amanda Yeo, Penganalis­is Penyelidik di EMIR Research)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia