Utusan Borneo (Sabah)

Srikandi Sabah perlu fokus gerak kerja

-

Penolong Setiausaha Srikandi BERSATU Sabah merangkap Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Kota Marudu, Datuk Redonah Bahanda menyeru semua Srikandi perlu memperbaik­i gerak kerja dari semua aspek merangkumi kajian sikap, disiplin, jentera dan diri sendiri.

Katanya, semua gerak kerja itu adalah fokus utama yang perlu menjadi perhatian setiap Srikandi memandangk­an tanggungja­wab yang digalas masih panjang, bagi membawa perjuangan BERSATU kepada rakyat.

“Bersediala­h untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRN15) kerana ini fokus kita, gerak kerja kita dalam Srikandi mampu melahirkan idea dan marilah kita terus mencakna idea-idea demi menjadikan BERSATU lebih kuat, diterima rakyat dan menarik lebih ramai anak muda untuk bersama kita.

“Srikandi juga adalah kekuatan yang tidak ada kurangnya, jadi marilah kita semua, Srikandi BERSATU terus bersatu dan kuatkan jentera kita, utuhkan perjuangan BERSATU dan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Abah kita, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Presiden BERSATU,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Persidanga­n Perhimpuna­n Agung Srikandi Tahunan 2020 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) di sini pagi kelmarin.

Persidanga­n itu berlangsun­g serentak seluruh negara secara dalam talian menerusi video.

Menurut Exco Srikandi BERSATU Malaysia itu juga, mesej yang disampaika­n oleh rakyat Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) barubaru ini cukup jelas dan Srikandi BERSATU perlu terus peka.

“Mesej rakyat amat jelas, dalam PRN baru-baru ini, kita membentuk kerajaan, syukur kepada Tuhan kerana rakyat yakin dengan kepimpinan Abah kita, kepimpinan yang mendengar denyut nadi rakyat, kepimpinan prihatin dan kini di Sabah, kita dalam

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) wajar berusaha untuk menunaikan amanat yang diberikan oleh rakyat ini dengan sepenuh jiwa raga.

“Saya juga ingin mengajak semua Srikandi untuk terus menyemai nilai positif sekali gus menuju ke puncak kejayaan dan menepis nilai negatif, yang boleh membawa kepada perpecahan sesama kita,” katanya lagi.

Jelas Redonah, Srikandi juga mempunyai harapan besar untuk bersama dalam kepimpinan parti, untuk menjadi pemimpin rakyat dan membawa perubahan ke arah yang lebih baik kepada rakyat.

“Kita berharap dalam PRU akan datang, kita dari kalangan Srikandi, mampu diangkat menjadi calon, bahkan lebih ramai calon-calon wakil rakyat dari kalangan Srikandi kerana kita juga mempunyai kredibilit­i dan jika kita jelas layak, wajar kita diberi peluang, dan inilah harapan saya dan semua dari kalangan Srikandi.

“Pastinya kita tidak kuat berdiri sendiri, kita perlu terus bersatu, bersama jentera, bersama rakan dan sahabat, dan saya dengan ini meminta agar semua ketua bahagian Srikandi, berganding bahu dengan anak-anak buah anda, untuk kuatkan jentera kita, manfaatkan teknologi dalam berhubung masa kini walaupun kita berdepan dengan cabaran norma baharu kerana pandemik COVID-19.

“Tepis tohmahan negatif pihak sana dengan ilmu dan kebijaksan­aan, jangan cepat melatah, jangan jadi pahlawan papan kekunci yang mengejar publisiti, sebaliknya jadilah Srikandi BERSATU yang berjuang untuk bangsa dan negara,” ujar beliau lagi.

 ??  ?? REDONAH
REDONAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia