Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan kemahiran untuk jana pendapatan

15 peserta tamat Kursus Kemahiran Quick Win Seni Tangan anjuran KEMAS

- Oleh Hassim Haji Othman

KOTA KINABALU: Kursus Kemahiran Quick Win Seni Tangan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) daerah Putatan baru-baru ini diharap akan dapat memberikan kemahiran kepada peserta dalam menjana pendapatan sampingan masing-masing.

Pegawai KEMAS daerah Putatan Raimah Eidi berkata, walau singkat, kursus jangka pendek yang dianjurkan ini berupaya membarikan jalan perniagaan kepada peserta.

Seramai 15 peserta dari sekitar kawasan Parlimen Putatan menyertai Kursus Kemahiran Quick Win Seni Tangan yang telah diadakan di Pusat Latihan S.Z Enterprise berkenaan.

Tempoh dua hari berkursus cara membuat beg, para peserta telah dibimbing oleh seorang tenaga pengajar yang berkemahir­an iaitu Shamsiah Sirat yang juga merangkap pengurus S.Z Enterprise.

Menurut Raimah, penganjura­n kursus ini antara lain untuk mewujudkan kesinambun­gan bidang kemahiran yang diperolehi di kelas-kelas kemahiran sedia ada.

“Di samping itu, ianya juga untuk memberikan peluang kepada kumpulan sasar untuk meningkatk­an kemahiran sedia ada dalam bidang seni tangan dan mempelbaga­ikan sumber pendapatan kumpulan sasar melalui ilmu kemahiran dan seterusnya berupaya menambah pendapatan,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, pihak KEMAS turut memberikan mesin jahit Mobile dan perkakas menjahit kepada kesemua 15 orang peserta Kursus Kemahiran Quick Win Seni Tangan berkenaan.

Menurut Raimah, pemberian mesin jahit Mobile dan perkakas menjahit ini adalah bagi memudahkan para peserta untuk membuka dan memulakan perniagaan dengan apa yang mereka pelajari selama berkursus.

Katanya, mereka akan dipantau selama dua tahun untuk pihak KEMAS mengikuti perkembang­an ekonomi mereka selepas ini.

Sementara itu, mengulas pelaksanaa­n penganjura­n kursus dalam suasana norma baharu ini, tenaga pengajar Shamsiah Sirat berkata, ianya dilaksanak­an dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tetapkan oleh KKM.

Katanya, menjalanka­n kursus dalam pelaksanaa­n

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini memang agak mencabar, namun ianya wajib dipatuhi bagi mengelak penularan pandemik COVID-19 daripada menghampir­i.

Katanya, dalam tempoh dua hari, para peserta telah diajar membuat tiga jenis beg iaitu beg batik, clutch bag dan sling beg.

Shamsiah berharap segala ilmu yang diturunkan kepada para peserta akan dapat mereka manfaatkan sebaiknya dalam manjana ekonomi mereka dan keluarga.

Untuk rekod Pusat Latihan S.Z Enterprise yang terletak di Putatan adalah pusat latihan milik Bumiputera sepenuhnya yang sering melaksanak­an kursus anjuran Jabatan Kerajaan dan swasta termasuk anjuran KEMAS, JBSM, Jabatan Belia Dan Sukan, JKR, JPK, MAFI, Jabatan Hal Ihwal Wanita, MITI dan sebagainya.

Pusat latihan ini juga mempunyai tempat yang boleh disewa termasuk Bilik Mesyuarat, Bilik Teori, Bilik Praktikal Jahitan, Bilik Praktikal Kulinari, Bilik Praktikal Pastry dan sebuah Mini Dewan selain penyediaan makanan dan minuman untuk kursus.

 ??  ?? TUNJUK: Shamsiah menunjukka­n cara penggunaka­n mesin jahit.
TUNJUK: Shamsiah menunjukka­n cara penggunaka­n mesin jahit.
 ??  ?? CLUTCH BAG
CLUTCH BAG
 ??  ?? SLING BAG
SLING BAG
 ??  ?? BEG BATIK
BEG BATIK
 ??  ?? KENANGAN: Para peserta Kursus Kemahiran Quick Win Seni Tangan merakamkan kenangan bersama Shamsiah.
KENANGAN: Para peserta Kursus Kemahiran Quick Win Seni Tangan merakamkan kenangan bersama Shamsiah.
 ??  ?? TAHNIAH: Raimah (kiri) dan Shamsiah (tengah) menyampaik­an sijil dan mesin jahid Mobile kepada salah seorang peserta.
TAHNIAH: Raimah (kiri) dan Shamsiah (tengah) menyampaik­an sijil dan mesin jahid Mobile kepada salah seorang peserta.
 ??  ?? LATIHAN: Sebahagian peserta ketika membuat latihan kursus berkenaan.
LATIHAN: Sebahagian peserta ketika membuat latihan kursus berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia