Utusan Borneo (Sabah)

UMS DIBERI KEPERCAYAA­N

Kaji kit ujian COVID-19 buatan China

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) diberi kepercayaa­n untuk melaksanak­an kajian terhadap ketepatan dan keberkesan­an kit ujian COVID-19 yang dikeluarka­n oleh sebuah syarikat terkemuka berpangkal­an di Wuhan China.

Kajian berkenaan merupakan kerjasama UMS-Dewan Perniagaan Sabah–China (SCCC) bagi membantu menangani keadaan semasa pandemik COVID-19 di negeri ini.

Setiausaha Agung SCCC, Ir. Tan Kok Jyh berkata, kerjasama itu juga sekali gus untuk menyuburka­n aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

“Kita prihatin dengan keadaan yang melanda di Sabah. Sehubungan dengan itu kita dengan izin telah mendapatka­n kit ujian COVID-19 daripada sebuah syarikat di China untuk dikaji.

“Ia tidak sama dengan kit yang digunakan untuk membuat saringan COVID19 ketika ini.

“UMS merupakan universiti yang pertama kita berikan kerana kita tahu universiti yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah ini mempunyai kemampuan, kelengkapa­n dan kepakaran yang mencukupi untuk tujuan ini,” katanya dalam

satu kenyataan selepas acara penyerahan kit ujian COVID-19 dari SCCC kepada Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS di sini, kelmarin.

Menurut Tan, usaha yang dilakukan bersama UMS ini juga sebagai mengeratka­n

tali silaturahi­m antara SCCC dengan UMS.

“Pada masa hadapan mungkin kita juga boleh mengadakan kerjasama membantu dan meneruskan pelbagai bidang R&D bagi membawa kemajuan di negeri Sabah,” katanya.

Sementara itu, Dr Taufiq turut merakamkan ucapan terima kasih kepada

SCCC atas keprihatin­an dan kepercayaa­n terhadap UMS sebagai rakan kerjasama untuk penyelidik­an kit ujian berkenaan.

“Ini merupakan satu kerjasama yang amat baik dalam menghadapi keadaan pandemik COVID-19 di Sabah yang cukup terkesan ketika ini. UMS sudah tentu berasa bangga dan

terharu kerana dipilih untuk menjalanka­n kajian.

“Kita harap kerjasama ini akan berterusan dan akan membawa kepada kecemerlan­gan universiti sekali gus menyumbang kepada masyarakat.

“Semoga lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan dengan SCCC pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: UMS dan SCCC mengambil gambar kenangan bersama kit ujian COVID-19 yang akan dibuat kajian tahap ketepatan dan keberkesan­annya. Turut kelihatan Dr Taufiq (empat kiri) dan Tan (tepi kanan).
KENANGAN: UMS dan SCCC mengambil gambar kenangan bersama kit ujian COVID-19 yang akan dibuat kajian tahap ketepatan dan keberkesan­annya. Turut kelihatan Dr Taufiq (empat kiri) dan Tan (tepi kanan).
 ??  ?? KAJIAN: Kit ujian COVID-19 yang akan dikaji UMS.
KAJIAN: Kit ujian COVID-19 yang akan dikaji UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia