Utusan Borneo (Sabah)

Hubungan parti dalam PN diperkukuh­kan menjelang PRU15

-

KUALA LUMPUR: Hubungan dan kerjasama antara parti dalam Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan diperkukuh­kan lagi terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata adalah penting dalam PRU15 nanti, tidak berlaku pertembung­an tiga penjuru antara parti dalam kerajaan PN menentang parti lawan yang lain.

Katanya, untuk tujuan itu program bersama akan diatur di peringkat pusat, negeri dan akar umbi bagi mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih erat antara parti-parti dalam kerajaan PN.

“Saya juga ingin mencadangk­an supaya pertemuan antara ketua parti yang membentuk kerajaan PN diadakan secara lebih kerap. Mungkin sudah sampai masanya sebuah Majlis Presiden yang dianggotai oleh ketua-ketua parti dalam PN, BN, GPS dan GRS diwujudkan.

“Mesyuarat secara berkala boleh diadakan untuk membincang­kan perkara berkaitan dengan dasar ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain,” katanya dalam ucapan dasar sewaktu Perhimpuna­n Agung Tahunan BERSATU 2020 semalam.

Perhimpuna­n agung itu bermula dengan perhimpuna­n sayap Srikandi pada sebelah pagi, diikuti Armada dan diakhiri dengan agenda utama perhimpuna­n.

Perhimpuna­n itu dijalankan secara maya dari beberapa lokasi yang ditetapkan mengikut negeri dan dijalankan dengan pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berikutan negara berhadapan dengan ancaman wabak COVID-19.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata perkara itu penting kerana tidak semua ketua parti berada dalam Kabinet dan menerusi mesyuarat itu, setiap ketua parti boleh menyampaik­an pandangan parti masingmasi­ng terutama mengenai dasar kerajaan untuk perhatian Kabinet.

“Saya percaya, dalam pilihan raya umum yang akan datang, PN akan diterima baik oleh rakyat Malaysia. Kajian menunjukka­n penerimaan rakyat terhadap PN adalah tinggi. Oleh yang demikian, BERSATU telah membuat keputusan untuk menggunaka­n logo PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

“Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, saya buat keputusan menggunaka­n lambang PN buat pertama kali. Ramai yang agak meragui keputusan ini. Maklumlah, PN adalah parti baharu. Namun PN menang 17 daripada 29 kerusi yang ditandingi dan bersama-sama dengan rakan dalam GRS yang dianggotai PN, BN dan PBS (Parti Bersatu Sabah), telah berjaya membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu,” katanya.

Katanya, penubuhan PN sebagai sebuah gabungan politik baharu adalah satu pencapaian penting dalam sejarah politik negara yang pastinya akan melakar banyak kejayaan dalam waktu yang mendatang.

Muhyiddin berkata ijtihad BERSATU untuk meninggalk­an Pakatan Harapan (PH) dan membentuk PN bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuat, bahkan lebih sukar untuk dilaksanak­an tetapi hakikatnya, keputusan itu telah membuka lembaran baharu buat parti itu.

“Kita (PN) sedang menimbang permohonan daripada parti politik lain yang berhasrat untuk menyertai PN dalam masa terdekat yang akan menjadikan PN sebagai sebuah gabungan politik yang berciri nasional serta mewakili kepentinga­n seluruh rakyat Malaysia

“Asasnya mudah. Kita tidak boleh bersendiri­an. Kita memerlukan rakan dari parti politik lain untuk menghadapi pilihan raya dan membentuk kerajaan. BERSATU jika bertanding secara bersendiri­an, mungkin boleh menang kerusi, tetapi tidak mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata PRU15 akan diadakan sebaik pandemik COVID19 berakhir.

“Kita kembalikan mandat kepada rakyat dan biarlah rakyat buat keputusan untuk memilih kerajaan yang mereka mahu,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau sedar bahawa rakyat telah mula berasa muak dengan mainan politik yang tidak berkesudah­an dan mereka mahukan pemimpin politik membantu rakyat dan bukan selamanya berebut kuasa.

“Inilahmasa­nyaBERSATU bangkit membantu rakyat. Ini peranan saudara dan saudari sekalian di peringkat bahagian dan cawangan, apa lagi di peringkat yang lebih tinggi. Dalam keadaan kehidupan rakyat sedang terjejas akibat pandemik COVID-19, ramai yang sedang menunggu bantuan di luar sana. Ramai yang sedang menghadapi kesusahan.

“Inilah masanya untuk kita berkhidmat kepada rakyat - amalkan politik khidmat, politik prihatin, politik kerja. Bukan politik berebut kuasa. Sampaikanl­ah khidmat dan bantuan anda kepada mereka yang memerlukan. Saya percaya rakyat akan lebih menghargai saudara dan saudari sekalian jika inilah yang saudara dan saudari lakukan,” katanya.

Beliau berkata ketika ini adalah masa untuk mengukuhka­n parti dan jentera parti juga mesti dipersiapk­an untuk menghadapi pilihan raya.

Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata beberapa pindaan akan dibuat terhadap perlembaga­an parti dalam perhimpuna­n kali ini.

“Pindaan ini adalah penting untuk memastikan parti kita dapat berfungsi dengan lebih baik dan sesuai dengan realiti semasa. Ini termasukla­h pindaan fasal-fasal tertentu dalam perlembaga­an parti untuk menubuhkan Sayap Ahli Bersekutu,” katanya. — Bernama

 ??  ?? MUHYIDDIN
MUHYIDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia