Utusan Borneo (Sabah)

PERKESO hasilkan PPE untuk petugas barisan hadapan kesihatan di Sabah

-

KOTA KINABALU: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) semalam menyerahka­n 280 set peralatan perlindung­an peribadi (PPE) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) untuk kegunaan petugas barisan hadapan kesihatan di negeri ini.

Penyerahan dibuat oleh Pengarah PERKESO Negeri Sabah Dr Mohd Ali Hindia kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi pada satu majlis ringkas di sini semalam.

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dalam ucapannya yang ditayangka­n melalui rakaman video semasa majlis itu berkata PERKESO telah mengambil inisiatif untuk menghasilk­an PPE bagi menampung keperluan petugas barisan hadapan kesihatan di Sabah ekoran bilangan kes yang masih tinggi.

“Kesemua 280 set PPE telah dihasilkan di Bengkel Jahitan Vokasional, Pusat Rehabilita­si Perkeso Tun Abdul Razak di Melaka dalam tempoh lima hari. Set PPE tersebut dihasilkan oleh 15 orang termasuk pelatih vokasional dan Orang Berinsuran­s PERKESO yang sedang menjalani rawatan pemulihan di pusat ini.

“Perkeso bukan sahaja menyediaka­n faedah kepada pekerja yang ditimpa bencana, malah kami juga mengutamak­an keselamata­n petugas barisan hadapan terutama dalam menangani keperluan bekalan PPE di hospital hospital,” katanya.

Beliau berharap sumbangan berkenaan dapat membantu mengurangk­an risiko yang dihadapi oleh petugas-petugas kesihatan yang sentiasa bertungkus-lumus melawan penularan COVID-19 dan menyumbang kepada usaha kerajaan pusat dan negeri memerangi wabak COVID-19. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia