Utusan Borneo (Sabah)

Madius, hantar usul pemansuhan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

- Oleh Safrah Mat Salleh

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menghantar usul pemansuhan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Beliau dalam satu kenyataan semalam (27 November) berkata langkah berkenaan beliau ambil untuk memastikan JASA atau apa-apa pun nama agensi terbabit, hendaklah dimansuhka­n sepenuhnya.

“Saya berharap Speaker Dewan Rakyat menerima dan membenarka­n saya untuk membentang­kan usul tersebut semasa Perbahasan Bajet 2021 di peringkat jawatankua­sa di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia.

“Usul tersebut sudah saya hantar pada pagi semalam,” katanya.

Menurutnya, walaupun Menteri Komunikasi dan

Multimedia dalam ucapan penggulung­an Bajet 2021 di peringkat Dasar bagi kementeria­nnya telah mencadangk­an beberapa perubahan khususnya bagi butiran mengenai JASA, namun beliau tidak berganjak untuk memotong sepenuhnya peruntukan yang dicadangka­n untuk jabatan tersebut.

“Menjangkak­an status quo sekalipun setelah pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia bahawa peruntukan JASA akan dikurangka­n, saya telah menghantar­kan satu usul pada pagi hari semalam di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa jumlah sebanyak RM1,242,464,900 untuk Maksud B.47 di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia dalam Jadual kepada Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (D.R. 16/2020) hendaklah dikurangka­n sebanyak RM81,500,000 iaitu daripada peruntukan di bawah butiran 050000 (Kod Program/Aktiviti No. 050100 - Perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) ) di dalam Anggaran Perbelanja­an Persekutua­n 2021 (Kertas Perintah 26 Tahun 2020),” katanya.

 ??  ?? MADIUS
MADIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia