Utusan Borneo (Sabah)

JCI Sandakan menang tiga anugerah dari JCI Malaysia

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Dalam 2020 Konvensyen­MayaJCIMal­aysia ke-45, Junior Chamber Internatio­nal Sandakan merupakan salah satu organisasi tempatan yang dianugerah­kan 100% Organisasi Tempatan Paling Efisien dari JCI Malaysia untuk tahun 2020.

JCI Sandakan juga dinilai sebagai 3 daripada 5 bintang dalam Anugerah Penarafan Bintang untuk 2020, memecahkan rekod 1 bintang dari tahun 2019.

Anugerah itu adalah dedikasi daripada ahli-ahli JCI Sandakan dan bekas presiden yang sentiasa menyokong organisasi tempatan ini.

Amat membanggak­an kerana salah seorang ahli baru dari JCI Sandakan iaitu Jacky Sak Sai Yung telah dianugerah sebagai ‘Ahli Paling Aktif’ (separuh kedua tahun ini) oleh JCI Malaysia Area Sabah untuk tahun 2020.

Beliau menyertai JCI Sandakan pada tahun 2019 dan menyahut cabaran untuk menjadi Bendahari Kehormat 2020.

Sejak itu, beliau terlibat secara aktif dalam JCI dengan mengatur dan mengambil peranan dalam projek serta aktiviti.

Beliau berkata orang muda harus keluar dari zon selesa, yang mana mereka harus bertindak aktif dengan mengambil bahagian dalam kegiatan sosial, menyumbang tenaga kepada masyarakat dan membuat perubahan positif terhadap negara.

Dedikasi beliau telah menjadikan­nya terpilih sebagai Ahli Paling Aktif pada tahun 2020.

Selain itu, Presiden JCI Sandakan yang lalu, Michael Chang juga berjaya melepasi pilihan raya dalam Konvensyen Maya JCI Malaysia ke-45 dan terpilih sebagai Wakil Presiden Nasional JCI Malaysia 2021.

Begitu juga dengan Michael, JCI menjadi salah satu platform untuk beliau berbakti kepada masyarakat.

Beliau melibatkan diri dengan JCI sejak tahun 2016 dan berkhidmat sebagai Presiden Tempatan pada tahun 2019 dan juga Bendahari Kawasan JCI Malaysia Sabah pada tahun 2020.

Bagi meneruskan dedikasiny­a itu, beliau bercadang untuk mencalonka­n diri bagi jawatan Naib Presiden JCI Malaysia 2021.

Dan, usaha itu berhasil apabila beliau berjaya dipilih sebagai Naib Presiden JCI Malaysia 2021.

Kejayaan itu jelas menunjukka­n bahawa JCI adalah salah satu platform yang baik di mana kita boleh menjadi warganegar­a yang aktif dengan melibatkan diri dalam komuniti setempat dan demokrasi di semua peringkat dari bandar ke bandar hingga aktiviti di seluruh negara.

JCI ialah sebuah organisasi yang terdiri daripada golongan muda yang aktif berusia dari 18 tahun hingga 40 tahun yang terlibat dan komited untuk mewujudkan impak dalam komuniti mereka.

Warganegar­a aktif adalah individu yang dilaburkan untuk masa depan dunia. JCI mengumpulk­an warganegar­a aktif dari semua sektor masyarakat.

Mereka mengembang­kan kemahiran, pengetahua­n dan pemahaman untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang tepat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia