Utusan Borneo (Sabah)

ESScom hargai sumbangan NGO hulur bantuan bakul makanan kepada masyarakat ESSZone

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) Dr. Jamaluddin Mohd Ali menghargai dan amat mengalu-alukan peranan yang dimainkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil memberikan sumbangan kepada penduduk di sekitar daerah ini.

Beliau mengulas mengenai bantuan yang diberikan oleh dua NGO iaitu Ikhlas.Com dan Pertubuhan MyAmal Sabah yang masing-masing telah menyumbang­kan sebanyak 200 pek dan 100 pek bakul makanan untuk diedarkan kepada penduduk yang terjejas tanpa mengira latar belakang dan kewarganeg­araan.

Baru-baru ini ESScom dengan kerjasama Ikhlas.Com dan Pertubuhan MyAmal Sabah telah mengedarka­n 300 bakul makanan ke sembilan buah perkampung­an atas air dan pulau di daerah ini.

Antara perkampung­an yang terlibat dengan agihan tersebut ialah Pulau Berhala, Pulau Nunuyan Laut, Kampung Tronglit, Kampunh Api-Api, Kampung Jampiras, Pulau Timbang, Pulau Sangai serta beberapa lagi pulau yang berhampira­n.

“Saya bagi pihak ESScom amat berterima kasih dan menghargai serta mengalualu­kan sumbangan bakul makanan seumpama ini. Saya berharap agar bakul makanan ini dapat membantu meringanka­n beban dan menampung perbelanja­an harian penduduk yang terjejas ekoran pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini. Saya berharap lebih banyak lagi NGO yang akan tampil memberikan sumbangan dan bantuan bagi membantu pihak kerajaan meringanka­n beban penduduk yang terkesan akibat PKPB khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah yang majoriti pendudukny­a adalah nelayan dan bergantung hidup kepada hasil laut,” katanya.

Beliau berkata, setiap pek bakul makanan itu bernilai RM50 dengan nilai keseluruha­n sumbangan dianggarka­n sebanyak RM15,000. Katanya lagi, pengagihan bakul makanan itu berlangsun­g selama dua hari pada Khamis dan Jumaat lalu yang mana seramai lima petugas daripada setiap NGO tersebut telah menyertai ESScom untuk melaksanak­an misi kemanusiaa­n itu.

 ??  ?? MISI: Misi kemanusiaa­n melibatkan Ikhlas.Com dan Pertubuhan MyAmal Sabah bersama ESScom yang membantu masyarakat ESSZone.
MISI: Misi kemanusiaa­n melibatkan Ikhlas.Com dan Pertubuhan MyAmal Sabah bersama ESScom yang membantu masyarakat ESSZone.
 ??  ?? EDAR: Sesi mengedarka­n bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung Pulau Berhala.
EDAR: Sesi mengedarka­n bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung Pulau Berhala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia