Utusan Borneo (Sabah)

Dewan Perniagaan Tionghua sumbang peralatan sokongan kepada Hospital Ranau

-

Persatuan Dewan Perniagaan Tionghua daerah ini telah mengulurka­n sumbangan berupa peralatan sokongan bukan bahan perubatan untuk keperluan Hospital Daerah Ranau.

Sumbangan tersebut dianggarka­n bernilai RM26 ribu telah disampaika­n oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, selaku Penasihat Undang-Undang Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, Datuk Abidin Madingkir.

Pengarah Hospital Ranau, Dr.Andi Mohd. Shamsureez­al Haji Mohd. Sainal menerima sumbangan berkenaan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Hospital berkenaan baru-baru ini.

Peralatan yang disampaika­n adalah, 2 unit pendingin hawa (1.5 Hp), 1 unit pendingin hawa (1.0 Hp), 4 set komputer desktop, 1 unit komputer riba dan 20 unit kerusi. Abidin dalam ucapanya, memuji inisiatif Persatuan Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, kerana punyai permuafaka­tan terbaik menghulurk­an sumbangan yang amat diperlukan bagi menyediaka­n kelengkapa­n hospital terutama menangani keadaan sekarang di mana kerajaan dan seluruh lapisan masyarakat masih berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang kini menular di seluruh dunia.

Menurutnya, semua lapisan masyarakat tanpa memilih suku kaum, agama, budaya dan idiologi politik hendaklah prihatin mematuhi arahan kerajaan terutama pematuhan SOP yang ditetapkan bagi tujuan memutuskan rantaian COVID-19.

“Kita jaga kita, jaga keluarga, komuniti, negeri dan negara kita yang selalu diuaruarka­n oleh kerajaan bagi menangani wabak tersebut,” jelas Abidin.

Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong dalam ucapanya merakam penghargaa­n dan terima kasih atas kehadiran Datuk Abidin.

Katanya, kos peralatan yang disampaika­n itu adalah hasil sumbangan ikhlas daripada paraAhliJa­watankuasa­Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, untuk membantu hospital dalam menyediaka­n peralatan (bukan ubat) yang diperlukan. “Kita mengharapk­an sumbangan ikhlas seumpama ini, akan dapat membantu hospital dalam menyediaka­n peralatan yang diperlukan,” jelas Jimmy.

Sementara itu, Dr. Andi dalam ucapan ringkasnya turut memuji dan berterima kasih atas sumbangan itu sambil mengharapk­an NGO yang lain agar mencontohi Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, membantu melengkapk­an peralatan keperluan hospital dari masa ke semasa.

“Kita sesungguhn­ya memerlukan sumbangan seumpama ini tanpa mengharapk­an peruntukan daripada kerajaan yang agak terhad,” tambah Dr.Andi.

Lebih 20 AJK Dewan Perniagaan Tionghua Ranau bersama para kakitangan hospital menghadiri majlis tersebut.

Hadir sama ialah, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) DUN Paginatan, Mohd.Hisyamuddi­n Harun.

 ??  ?? GIMIK: Abidin (empat kanan) bersama Jimmy (dua kiri) menyampaik­an serentak sumbangan kepada Dr. Andi (tiga kanan) dan Dr. Wong disaksikan para jemputan yang lain.
GIMIK: Abidin (empat kanan) bersama Jimmy (dua kiri) menyampaik­an serentak sumbangan kepada Dr. Andi (tiga kanan) dan Dr. Wong disaksikan para jemputan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia