Utusan Borneo (Sabah)

THe Spring bawakan semangat Hari Krismas menerusi ‘Christmas Redemption Challenge’

-

KUCHING: Pusat beli-belah tHe Spring menawarkan ‘Christmas Redemption Challenge’ yang eksklusif mulai 27 November yang bertujuan memastikan para pelanggann­ya berbelanja dan merasai semangat Hari Krismas.

Program ini akan memberi peluang kepada para pengunjung untuk mengisi ‘Stoking Krismas’ mereka dengan setiap pembelian bernilai RM250 dan menghantar resit tanpa had daripada penyewa yang berbeza menerusi aplikasi web tHe Spring.

Sebagai sebahagian daripada penebusan, pembeli akan mendapat ‘Lucky Dip’ dengan pelbagai hadiah seperti gincu satin Sephora, gel pembersih tangan Bath and Body Works, baucar tunai RM100 Aldo, SaSa’s Pupa Definition Liner Vamp! dan banyak lagi.

Apabila pembeli menyelesai­kan cabaran Krismas dengan mengisi kesemua sepuluh ‘Stoking Krismas,’ mereka layak untuk menebus set hadiah L’Occitane’s Verbena Christmas Ornament.

Selain itu, tHe Spring juga telah menambah keceriaan pengunjung dengan adanya Kalendar tHe Spring’s Virtual Advent yang akan menyalurka­n kandungan menarik dan interaktif untuk berinterak­si dengan pembeli di platform media sosial.

Antaranya ‘POSE & SNAP Insta-contest’ dan ‘Christmas Cheer Postcard Colouring’ untuk menebus cap getah Krismas yang eksklusif.

Dengan Krismas sebagai musim pemberian dan perkongsia­n, tHe Spring turut bekerjasam­a dengan The Society for Kuching Urban Poor (SKUP) untuk membawakan kempen CSR iaitu ‘Choose Hope.’

Kempen tersebut bermatlama­t untuk memberi semula kepada masyarakat terutamany­a golongan miskin bandar berikutan mereka antara yang paling terkesan akibat pandemik COVID-19.

Pengunjung boleh mengambil bahagian dalam kempen ini dengan membeli barang keperluan dari pusat beli-belah seperti yang disenaraik­an oleh 69 keluarga yang memerlukan dan berasal dari empat kawasan di Kuching iaitu Song Kheng Hai, Sungai Apong, Kampung Kudei dan Taman Poh Kwong.

Item yang dibeli boleh diletakkan di Kaunter Perkhidmat­an Pelanggan dan setelah pemungutan kutipan berakhir, pasukan pengurusan tHe Spring akan menyerahka­n barang berkenaan kepada SKUP.

Sementara itu, tHe Spring juga bekerjasam­a dengan The Salvation Army Children’s Home untuk menyokong dan menaikkan semangat kanakkanak pada Krismas ini dengan memberi barangan dan bekalan daripada penyewa pusat beli-belah itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan aktiviti tHe Spring’s ‘Home for Christmas,’ hubungi khidmat pelanggan menerusi talian 086-344 820.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia