Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan Bank Rakyat sumbang RM50,000 kepada 250 keluarga mangsa banjir

- MARDZIAH

KUALA LUMPUR: Yayasan Bank Rakyat meneruskan tradisi tanggungja­wab sosial korporatny­a (CSR) semalam apabila menyalurka­n bantuan kewangan berjumlah RM50,000 kepada 250 keluarga yang terjejas banjir kilat di ibu negara baru-baru ini, dengan masing-masing menerima RM200.

Pengerusin­ya Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata mereka merangkumi penduduk dari Kampung Baru, Taman Maluri dan Kampung Datuk Keramat.

“Sebelum ini (13 Nov) kita telah turun bagi bantuan kepada 450 keluarga mangsa banjir di Hulu Langat dan kita dapati keadaan minggu berikutnya cuaca masih hujan lebat berterusan yang mengakibat­kan banjir kilat di ibu negara.

“Insya-Allah bantuan seperti ini kita akan perluaskan ke negeri lain-lain yang terjejas banjir,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir di Kampung Baru di sini semalam.

Nazir berkata pada masa sama, yayasan itu juga mengutamak­an bantuan kepada anak-anak yatim, tahfiz dan rumah orang tua yang terjejas dari segi sumbangan dan bantuan susulan penularan wabak COVID-19.

Seorang mangsa banjir, Mardziah Mohamad, 77 berkata rumahnya di Jalan Raja Ali di sini dinaiki air setiap kali hujan lebat yang berterusan dan paling teruk ialah pada September lepas apabila air naik hingga ke paras pinggang.

“Kalau nak kira berapa kali banjir tidak terkira dah, minggu ini pun selang sehari walaupun kadang-kadang air masuk ke lantai rumah setakat aras buku lali sahaja, tetap rumah kena cuci dan angkat barang juga.

“Jadi, sekarang apabila setiap kali hujan lebat, saya akan cepat-cepat angkat yang mana patut,” katanya yang percaya banjir kilat itu berpunca daripada sistem perparitan tersumbat dan projek pembinaan yang menyebabka­n air bertakung.

Mohd Esa Abdul Hamid, 43 pula berkata dia kerugian lebih RM1,000 apabila perabot rumahnya rosak ditenggela­mi air dalam kejadian baru-baru ini selepas hujan lebat berterusan lebih empat jam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Nazir (dua kiri) melawat dan menyampaik­an sumbangan kepada mangsa banjir, Roslan Abu, 67 di Jalan Raja Ali, Kampung Baru. Turut hadir, Pemangku Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Mohd Fauzi Md Fadzil (dua kanan) dan Ahli Jemaah merangkap Ketua Kampong wakil Ketua Kampong Hujung Pasir, Ahmad Kamarulzam­an Yacob (kiri).
— Gambar Bernama LAWAT: Nazir (dua kiri) melawat dan menyampaik­an sumbangan kepada mangsa banjir, Roslan Abu, 67 di Jalan Raja Ali, Kampung Baru. Turut hadir, Pemangku Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Mohd Fauzi Md Fadzil (dua kanan) dan Ahli Jemaah merangkap Ketua Kampong wakil Ketua Kampong Hujung Pasir, Ahmad Kamarulzam­an Yacob (kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? KAWASAN TERJEJAS: Peruntukan yang disediakan ini merangkumi keseluruha­n keluarga yang mendiami penempatan di sekitar Kampung Baru,Taman Maluri dan Keramat.
— Gambar Bernama KAWASAN TERJEJAS: Peruntukan yang disediakan ini merangkumi keseluruha­n keluarga yang mendiami penempatan di sekitar Kampung Baru,Taman Maluri dan Keramat.
 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Nazir (kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada mangsa banjir pada Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir di Dewan Kampung Paya, Kampung Baru dekat Kuala lumpur, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Nazir (kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada mangsa banjir pada Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir di Dewan Kampung Paya, Kampung Baru dekat Kuala lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA BANTUAN: Salah seorang mangsa banjir membuat pendaftara­n pada Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir.
— Gambar Bernama TERIMA BANTUAN: Salah seorang mangsa banjir membuat pendaftara­n pada Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia