Utusan Borneo (Sabah)

Krisis politik pertaut hubungan BERSATU, UMNO, PAS: Muhyiddin Penyatuan ummah akan menjadi retorik semata-mata jika pemimpin hanya utamakan kepentinga­n kelompok kecil dan parti sendiri

- Bernama

“Pada saya, pertautan ini adalah satu langkah awal untuk mewujudkan penyatuan ummah yang lebih besar.

KUALA LUMPUR: Krisis politik awal tahun ini telah mempertaut­kan UMNO dan BERSATU daripada seteru menjadi sekutu, sekali gus berada dalam satu saf politik yang sama, kata Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, walaupun ada pihak yang kurang selesa dengan keadaan itu dan melihat seolah-olah UMNO berada dalam keadaan terpaksa untuk bekerjasam­a, perkara berkenaan harus dilihat sebagai ujian untuk pemimpin Melayu Islam di negara ini dalam memperkuku­h hubungan termasuk dengan parti PAS.

“Di hadapan kita terbentang luas peluang untuk kita menyatukan umat Melayu dan Islam di negara ini yang telah mengalami perpecahan politik sejak sekian lama.

“Sedarlah, krisis politik yang berlaku di negara kita pada awal tahun ini telah mempertaut­kan pimpinan politik Melayu dalam BERSATU, UMNO dan PAS dalam satu saf politik yang sama.

“Pada saya, pertautan ini adalah satu langkah awal untuk mewujudkan penyatuan ummah yang lebih besar,” katanya ketika dalam ucapan dasar bersempena Perhimpuna­n Agung Tahunan

BERSATU semalam.

Katanya, umat Melayu di negara ini akan selamanya berpecah-belah dan penyatuan ummah akan menjadi retorik semata-mata sekiranya pemimpin yang ada hanya mengutamak­an kepentinga­n kelompok-kelompok kecil dan parti sendiri.

“Malay unity will always remain an elusive dream (Perpaduan Melayu akan kekal sebagai mimpi). It will never materialis­e in our lifetime (Perkara itu tidak akan berlaku dalam hayat kita ini). Apalah salahnya jika kita rebut peluang yang didatangka­n oleh Allah SWT menerusi ujian-Nya ini untuk memperkuku­hkan penyatuan antara kita,” katanya.

Sehubungan itu, katanya adalah baik jika semua pemimpin Melayu dan Islam di negara ini dapat bersatu dalam sebuah jemaah yang besar, berbanding berpecahbe­lah dalam kabilah-kabilah kecil, sekali gus dapat mewujudkan kestabilan politik di negara ini.

Pada masa yang sama, perdana menteri berkata berdasarka­n pertemuan empat mata dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mereka sedar hubungan di antara BERSATU dan UMNO harus dibaiki walaupun perkara itu bukan usaha yang mudah.

Justeru katanya, langkah untuk memperkuku­h hubungan di antara dua parti itu dan PAS akan dilakukan bagi memastikan tiada perpecahan dan pertembung­an sesama mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam ucapan yang mengambil masa hampir sejam itu, Muhyiddin turut menjelaska­n BERSATU akan terus menggunaka­n pendekatan sederhana dalam menegakkan agama Islam sebagai agama persekutua­n di negara ini.

Hal itu akan dilakukan dengan terus menghormat­i hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalka­n agama masing-masing secara aman dan harmoni, katanya.

“Islam di negara kita juga perlu terus berfungsi sebagai suatu civilizing force iaitu kuasa yang membentuk pemikiran dan peradaban umat Islam di rantau nusantara ini,” katanya.

Pada masa yang sama, perdana menteri memberi jaminan keadilan dan kesaksamaa­n untuk semua rakyat dan kemakmuran akan dapat dinikmati secara adil dan saksama, tanpa sesiapa pun tertinggal di belakang. —

 ??  ?? Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada Batalion Ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) mendengar taklimat sebelum melakukan rondaan di kawasan Ops Benteng di Pos Tok O Lubok Stol, Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada Batalion Ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) mendengar taklimat sebelum melakukan rondaan di kawasan Ops Benteng di Pos Tok O Lubok Stol, Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia