Utusan Borneo (Sabah)

Satu PKRC dibuka di Kinta semalam: Dr Noor Hisham

-

IPOH: Satu Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dibuka di Arena Badminton di daerah Kinta di sini semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut hantaran dalam Facebook beliau, Dr Noor Hisham berkata PKRC dengan 160 katil iaitu masing-masing 80 katil untuk lelaki dan wanita bertujuan merawat pesakit bagi kes kategori 1 dan 2.

“Ini semestinya akan membantu mengurangk­an beban hospital utama. Walaupun kita melakukan yang terbaik untuk menangani situasi COVID-19, kita tahu bahawa kita harus berusaha sebaik mungkin untuk terus menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan terbaik untuk pesakit bukan COVID-19 juga,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada semua kakitangan Kementeria­n Kesihatan dan menghargai kerjasama rapat mereka dengan kementeria­n dan agensi lain untuk membendung penularan COVID-19 di negara ini.

Setakat tengah hari semalam, Perak merekodkan 1,498 kes positif COVID-19 dengan 13 kematian.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Dr Noor Hisham berkata beliau berkesempa­tan membuat lawatan kerja di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) Jalan Teratai, Klang, Selangor pagi tadi bersama-sama pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan lain.

Kawasan PKPD di Jalan Teratai terbahagi kepada dua sektor iaitu Sektor A dan Sektor B, dengan setiap sektor menempatka­n asrama lelaki dan wanita.

Beliau diberi taklimat perkembang­an terkini pengurusan PKPD oleh Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Klang Dr Masitah Mohamed, yang antara lain menjelaska­n bahawa pengurusan kesihatan diberikan oleh anggota kesihatan daripada PKD Klang dan Klinik Kesihatan Meru, selain dibantu anggota kesihatan dari daerah luar serta sukarelawa­n daripada badan bukan kerajaan (NGO).

Aktiviti pengurusan kesihatan meliputi ujian calitan saringan COVID-19, kesiapsiag­aan perubatan, pengurusan pemberian arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatia­n di Rumah (HSO), pengurusan kemasukan kes positif ke hospital dan pengurusan data.

Menerusi catatan dalam laman sosial itu, Dr Noor Hisham turut berkongsi perkembang­an terkini tindakan menangani penularan COVID-19 di Sabah, iaitu Wad Isolasi Hospital Semporna telah siap sepenuhnya dan mula digunakan pada 22 Nov lepas.

Wad Isolasi yang mempunyai sembilan katil itu mempunyai tekanan negatif dilengkapi dengan HEPA Filter, dua katil ICU, dua alat ventilator termasuk satu ventilator mudah alih.

“Dengan adanya kemudahan ini, pesakit penyakit berjangkit seperti COVID-19 yang memerlukan ICU care atau HDW boleh dirawat dan diisolasi dengan lebih berkesan. Kemudahan ini juga akan memperting­katkan kesiapsiag­aan hospital menghadapi pandemik ini khususnya di pantai timur Sabah,” katanya. —

 ??  ?? TINJAU: Zamsari (depan) bersama pegawai meninjau sempadan negara Malaysia-Thailand ketika melawat kawasan Ops Benteng di Pos Tok O Lubok Stol, Rantau Panjang, Pasir Mas semalam. — Gambar Bernama
TINJAU: Zamsari (depan) bersama pegawai meninjau sempadan negara Malaysia-Thailand ketika melawat kawasan Ops Benteng di Pos Tok O Lubok Stol, Rantau Panjang, Pasir Mas semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia