Utusan Borneo (Sabah)

Gagal patuhi penjarakan fizikal, kesalahan tertinggi ingkar PKP: Ismail Sabri

-

KUALA LUMPUR: Gagal mematuhi penjarakan fizikal merekodkan kesalahan tertinggi ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelmarin, walaupun semasa kes penularan COVID-19 harian kini mencecah empat angka.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada 577 individu yang ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 522 telah dikompaun, manakala 55 lagi direman.

Beliau berkata, 215 individu didapati melakukan kesalahan ingkar arahan PKP apabila gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, terlibat aktiviti pusat hiburan (116), tidak memakai pelitup muka (113), gagal menyediaka­n peralatan merekod butiran pelanggan (71), rentas negeri atau daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (sembilan).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, semasa merujuk kepada Operasi Benteng beliau berkata, 49 pendatang asing tanpa izin dan dua penyeludup ditahan selain empat kenderaan darat dirampas, manakala Ops Sanitasi Awam menyaksika­n 38 operasi sanitasi melibatkan 12 negeri dilakukan kelmarin.

Daripada jumlah itu, 12 operasi dilakukan di Sabah, Melaka (lima), Selangor (empat), Johor (tiga), Perak (tiga), Kelantan (tiga), Pahang (dua), Pulau Pinang (dua), Negeri Sembilan (satu), Perlis (satu), Sarawak (satu) dan Terengganu (satu).

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sejak 24 Julai sehingga kelmarin, 76,807 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabang­sa dan kesemua mereka ditempatka­n di 79 hotel serta 18 Institut Latihan Awam di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, 10,923 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 405 individu dihantar ke hospital untuk rawatan, dan 65,479 individu telah dibenarkan pulang,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata kes baharu COVID19 yang dicatat adalah sebanyak 1,109 kes, menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 61,861 kes. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia