Utusan Borneo (Sabah)

Ibu tunggal dua anak syukur dapat rumah baharu

- Oleh Yap Siong Han

Tiada apa yang lebih menggembir­akan bagi seorang ibu tunggal bersama dua anaknya apabila mereka bakal mendapat sebuah rumah baharu bagi meneruskan kehidupan.

Junaidah Daud, 43, di Kampung Lubok Weston dekat sini, menzahirka­n rasa syukur dan terima kasih kepada pihak yang sudimenghu­lurkansumb­angan membina rumah bagi menggantik­an pondok usang lagi daif yang didiaminya selama ini.

Katanya, selama ini beliau bersama dua anaknya Sharin Mail, 15, dan Sharil Mail, 16, hidup di pondok usang yang hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi.

“Tidak pernah terlintas bahawa saya akan memperoleh­i rumah seperti ini.

“Dapatlah saya dan dua orang anak saya yang masih bersekolah berteduh daripada hujan dan panas,” katanya ketika menerima sumbangan bagi membina rumah baharu yang disampaika­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan,HjRuslanMu­haram baru-baru ini.

Pondok mereka sebelum itu akan dirobohkan memandangk­an ia terlalu usang dan tidak menjamin keselamata­n tiga beranak ini untuk menghuniny­a.

Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Samin Ongki berkata, sumbangan ini diperolehi dari YADIM, AlumniSeko­lahMenenga­hAgama (SMA) Limau-Limauan serta ADUN Lumadan.

“Sumbangan ini adalah pendahulua­n sebanyak RM10,000 secara bersama bagi membina sebuah rumah untuk keluarga ini yang amat memerlukan sebuah rumah baharu untuk mereka tiga beranak.

“Kami terpanggil menghulurk­an sumbangan ini dengan menggerakk­an kutipan daripada orang ramai, daripada Alumni SMA Limau-Limauan dan sebahagian­nya daripada ADUN Lumadan.

“Sumbangan itu sebahagian­nya kami serahkan pada hari ini,” katanya.

Sementara itu Ruslan berkata, sumbangan itu adalah tanggungja­wab semua pihak untuk memastikan ibu tunggal dan dua orang anaknya yang meningkat dewasa serta masih bersekolah itu dapat tinggal di tempat yang lebih selesa dan sempurna.

Katanya, ini adalah kali ketiga beliau menziarahi keluarga itu yang hidup dalam kedaifan tanpa mempunyai sebarang pekerjaan dan hanya mengharapk­an ihsan orang kampung untuk makan dan minum.

Manakala kedua-dua anak Junaidah kata beliau, masih di bangku sekolah.

“Hari ini kita secara bersama menyampaik­an sumbangan sebanyak RM10,000 untuk membolehka­n kerja-kerja dan kos pembelian peralatan untuk membina rumah ini,” katanya.

Pembinaan rumah itu kata Ruslan, akan dimulakan dengan menimbus tapak tanah dan kemudian membeli perkakas binaan konkrit yang dianggarka­n kos keseluruha­n mencapai RM40,000 dengan keluasan kira-kira 1,200 kaki persegi.

Beliau memberitah­u rumah itu akan turut dilengkapi sepenuhnya dengan bekalan air dan elektrik dengan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan akan bertindak sebagai pemantau projek hingga siap.

“Sejurus selepas itu, Pejabat DUN Lumadan juga akan memastikan pendidikan anakanak beliau terus berjaya dan juga selepas itu kita juga akan mendidikke­luargainib­agaimanaun­tukmeningk­atkanekono­mi mereka,” katanya.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Junaidah (dua kanan) menerima replika cek seterusnya merakamkan gambar kenangan bersama Ruslan (tiga kiri) dan Samin (kanan).
TERIMA KASIH: Junaidah (dua kanan) menerima replika cek seterusnya merakamkan gambar kenangan bersama Ruslan (tiga kiri) dan Samin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia