Utusan Borneo (Sabah)

Keuntungan bersih BPHB bagi 3QFY20 meningkat kepada RM26.77 juta

-

BINTULU: Keuntungan bersih Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2020 (3QFY20) meningkat kepada RM26.77 juta daripada RM24.69 juta pada suku yang sama tahun lalu dengan hasil operasi meningkat 2.3 peratus kepada RM178.05 juta daripada RM173.96 juta, menurut kenyataan Unit Perhubunga­n Pelabur BPHB di sini semalam.

Kenyataan itu menyebut, pendapatan sesahamnya meningkat kepada 5.82 sen berbanding 5.37 sen sebelumnya.

“Pendapatan dari perkhidmat­anpelabuha­ndiPelabuh­an Bintulu mencatat RM137.85 juta pada 3QFY20 adalah RM6.72 juta lebih tinggi berbanding RM131.13 juta yang dicapai terutamany­a pada 3QFY19 disumbangk­an oleh perkhidmat­an laut yang diberikan kepada DPS - Brunei,” katanya.

Pendapatan yang disumbangk­anolehoper­asidiPelab­uhan Perindustr­ian Samalaju adalah RM27.21 juta berbanding RM29.71 juta pada suku tahun yang sama. Pendapatan daripada kemudahan pukalnya sedikit menurun sebanyakRM­0.13jutadari­pada RM13.12 juta hingga RM12.99 juta pada 3QFY20.

Untuk sembilan bulan hingga 30 September, kumpulan BPHB mencatat pendapatan sebanyak RM520.90 juta dan keuntungan bersih RM98.76 juta berbanding RM531.97 juta dan RM129.67 juta masing-masingnya untuk tempoh 2019.

Perbelanja­an dalam tempoh kajian semula berjumlah RM448.06 juta lebih tinggi iaitu sebanyak RM18.39 juta berbanding RM429.67 juta yang dicatatkan tahun

sebelumnya dan sebahagian besarnya disebabkan oleh peruntukan kos pengorekan penyelengg­araan dan juga pengiktira­fan tambahan susut nilai aset hak penggunaan di bawah MFRS 16: Pajakan untuk sewa kapal baru di Bintulu Port Sdn Bhd.

Pelabuhan Bintulu mengisytih­arkan dividen tahap satu interim ketiga sebanyak 4.0 sen sesaham, yang akan dibayar pada 29 Disember 2020. Ini sama dengan dividen yang dinyatakan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Mengenai prospek kumpulan BPHB, prestasi kumpulan untuk tahun 2020 dipengaruh­i oleh kesan belum pernah terjadi sebelumnya disebabkan oleh pandemik COVID-19 sepanjang rantaian bekalan dalam industri logistik terutamany­a pada separuh pertama tahun 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia