Utusan Borneo (Sabah)

SI PEKAK DAN WALKMAN

- KARYA: DR JAKARIA DASAN

Jenab tidak mencintai ku lagi? Kenapa Kudin selalu menjauhkan dirinya dari ku? Orang kampung Serabut ni pun sejak aku kecil lagi, selalu saja seperti singa lapar bila bercakap dengan ku. Habis aku kena tempias air liur mereka. Kecoh betul mereka ni. Mungkin keturunan orang kampung Serabut ni semuanya begitu. Mujurlah aku anak tanpa asal dan tak pernah diusul. Mak Diah memelihara ku sejak aku ditemui masih kemerah-merahan di tangga rumahnya. Aku yakin aku bukan keturunan orang kampung ni. Mak Diah dah lama menjanda. Anak tak ada. Aku ditimang dengan penuh kasih sayang sejak kecil sehingga dewasa. Cuma aku suka dengan Mak Diah, biar pun tempias air liurnyalah yang paling banyak membasahi muka ku sejak dari kecil lagi. Takdir memisahkan aku dengan Mak Diah. Sebelum aku sempat beritahu yang Jenab dan aku dah putus kawan…aku rasa tak pernah pula aku beritahu dia yang aku berkawan dengan Jenab.., dia meninggal dunia. Malam itu aku mencuba alat yang Kudin bawa dari Pekan. Alat itu Kudin panggil “Walkman”. Aku pasang penyambung dari walkman di kedua-dua belah telinga. Aku tekan butang merah. Lampu merah pun menyala. Tapi aku tak dengar apa-apa. Aku pusing benda seperti butang di sisi walkman ke atas... paling atas. Pun tiada suara. Aku tunggu sekejap mungkin alat itu perlu panas dulu barulah dia beroperasi. Tiba-tiba timbul pula risau kalau-kalau walkman itu mungkin dah rosak. Mungkin dah rosak, aku takut Kudin marah. Aku matikan walkman dengan menekan butang merah. Pada ketika itulah Mak Diah muncul dari dapur dan bertanya mengenai benda yang aku pakai kat telinga. Aku tak tahu nak cakap apa. Cuma aku bagi tahu Mak Diah apa yang Kudin beritahu aku sambil aku pasang di kedua-dua telinga Mak Diah. Ada suara macam-macam orang Mak!. Mak Diah seperti terkinja bila aku bersuara sambil memasang alat di telinganya. Dalam hati aku terfikir, “alat ini tak ada kuasa jika dengan aku. Tetapi belum sampai di telinga Mak Diah, dia sudah tergerak-gerak. Aku tekan butang merah. Pop! Mak Diah seperti seronok sakan. Tetapi selepas tiu dia rebah dan bergolek atas lantai. Sejak itulah aku nekad bahawa radio walkman ni amat berbahaya. Hanya aku yang tidak dapat diancamnya. Sebab bila aku pakai. Tidak kedengaran suara ghaib atau ancaman kuasa ghaib spertimana yang menyebabka­n kematian Mak Diah. Mesti suara atau kuasa itu takut kepada ku. Aku tak mahu Kudin dan orang-orang kampung tahu akan kuasa Radio itu. Aku perlu berbuat sesuatu. Aku beritahu Kudin radio tu dah hilang sebab Mak Diah dah sorok sebelum dia meninggal serangan sakit jantung. Kudin tak kisah, tapi dia ada syarat. Dia minta izin bawa Jenab ke Pekan. Dia lama dah suka dengan Jenab. Dia tahu aku rapat dengan Jenab. Aku setuju. Sebab aku tak tahu Kudin mau rampas Jenab. Oh ya…nama ku Yatimtuli. Cantikkan nama itu. Mak Diah namakan aku begitu. Katanya Yatim tu adalah berasal dari asal usul ku yang tidak berbapa dan beribu. Tuli tu pula sempena dengan keistimewa­an yang aku miliki yang tidak dimiliki oleh penduduk di kampung ku. Memang pun aku suka dengan nama tu. Semua orang tahu aku siapa. Sebab setiap kali aku terserempa­k dengan sesiapa sahaja mereka akan kata, “dia ni Yatimtuli.” Belum pun sempat aku membuka mulut tatkala bercakap dengan sesiapa saja yang aku temui, mereka akan kata, “kau ni Tuli kah?” Aku senyum. Tak apa kalau mereka tak sebut nama penuh, nama Tuli tu pun cukup istimewa seperti kata Mak Diah. Aku ORANG ISTIMEWA. Sejak pandangan kali pertama di tepi sungai aku terasa macam ada cas elektrik bila ternampak Jenab yang baru hendak berlalu pergi dari mencuci kain besama rakan-rakan sekampung. Ketika hampir berselisih dengan Jenab, dia kelihatan tersipu-sipu malu. Aku senyum melihat gelagatnya. Aku nak sapa. Tapi apa nak dibualkan? Bagaimana nak berkenalan? Akhirnya aku teringat petua Mak Diah kalau aku nak berkenalan dengan perempuan. Kalau perempuan ajak jumpa, bawa dia ke tempat ada keramaian yang ada hiburan. Jangan buka mulut. Buatbuat khusyuk dengar orang menyanyi, sesekali tidak salah melompat dan menari. Lepas tu kalau dia nak buka mulut. Beri alasan yang bunyi terlalu bising, tak dengar apa dia cakap. Kebetulan malam itu, genap seminggu sejak berselisih di tepi sungai ada orang kahwin, ada pesta hiburan. Aku beranikan diri beri Jenab kad jemputan keramaian majlis perkahwina­n itu yang kebetulan aku terbawa. Aku cepat-cepat masukkan dalam bakul kain Jenab. Sambil kenyit mata dan tunjuk kad itu, aku terus berjalan laju lurus ke depan. Jenab berpakaian kebaya. Anggun dan cantik. Aku pun kacak juga. Aku ingat pesan Mak Diah, jangan buka mulut, gunakan sebanyak mungkin bahasa isyarat. Setelah bertegur sapa guna isyarat tangan ke dada dan melontarka­n senyuman yang memikat, kami ke tengah-tengah orang ramai dan duduk di atas tanah berbangkuk­an pelepah kelapa sambil mendengar hiburan yang berlangsun­g. Walaupun bunyinya sepi aku terhibur dengan gerak geri mereka yang menyanyi dan menari. Aku nampak Jenab suka dengan aksi mereka yang di pentas khas. Sesekali ada juga budak kampung yang terhenjut-henjut menari. Dia nampak Kudin ada di pentas. Kudin nampak Jenab dan Yatimtuli. Dia terkejut. Jenab itulah yang nak dipikatnya. Alamak kenapa dia dengan Yatimtuli..kawan baiknya. “Ini tak boleh jadi” Getus Kudin. “Aku kena buat sesuatu” Kudin terus ke pentas. Dia ada rancangan untuk pisahkan Yatimtuli dengan Jenab. Jenab senyum melihat Yatimtuli. “Kacak hero aku ni. Dan sangat bersopan santun. Tapi kenapa dari tadi berdiam sahaja. Songeh aje lebih.” Jenab sedikit risau setelah agak lama belum ada apa-apa perbualan antara mereka. Yatimtuli nampak Kudin. Dia berdiri bersorak. Dia tahu Kudin pandai menyanyi lagu rancak pop yeh yeh. “Tuan-tuan dan puanpuan…sempena dengan pesta hiburan persanding­an saudara kita ini, saya akan menyampaik­an satu persembaha­n khas. Saya akan menyanyi lagu opera…sentimenta­l… tanpa iringan muzik.” Yatimtuli nampak aksi Kudin..wah besarnya mulut dia…mesti dia nyanyi sekuat hatinya ni. Tapi kenapa orang yang hadir nampak boring je. Oh mesti mereka terpegun dengan kelantanga­n suara Kudin. Sebagai kawan baik Kudin, aku kena bagi respon. Aku kena tunjuk aksi keligatan menari sebab Kudin bersungguh-sungguh menyanyi tu. “Abang…mari kita ke belakang tu.” Jenab bersuara sedikit keras. Jenab mula rimas melihat gelagat Yatimtuli yang berdiri terkinja-kinja menggoyang­kan badan. Dia sebenarnya tak suka berada di situ. Dia berasa geli melihat Yatimtuli menari rancak sedangkan lagu yang dinyanyika­n lagu opera. Yatimtuli terkejut lengannya ditarik Jenab. Dia ingat pesan Mak Diah. “Maaf ye Jenab…saya tak dengar apa awak cakap. Bunyi bising sangatlah.” Jenab keliru. “Apalah dicakapnya ni. Cakaplah perlahan sikit” Bisik hati Jenab Kali ini dia tak sentuh Yatimtuli. Dia berdiri di belakang Yatimtuli. “Abang…Jenab nak balik” Yatimtuli yang masih terkinja-kinja tidak perasan Jenab dah balik. Yatimtuli masih terkinjaki­nja. Kudin senyum padanya. Yatimtuli gembira kerana Kudin, kawannya memberikan senyuman. Dia tahu Kudin sangat menghargai sokongan moral yang diberikann­ya walaupun orang ramai hanya duduk dengan muka yang kehairanan melihatnya. Semasa Kudin tunduk hormat, Yatimtuli bertepuk tangan sekuat hatinya. Orang sekeliling senyum dan ketawakann­ya. Masa dia berpusing ke belakang, Jenab dah hilang. Kudin menghampir­i Yatimtuli. Dia bawa walkman yang baru dibelinya di Pekan. Mulanya dia tak nak tunjukkan pada Yatimtuli. Tetapi bila melihat rancangann­ya berjaya memisahkan Jenab dari Yatimtuli, dia bangga. “Yatim…sorang saja?” “Errr..Ya…ya….eh kau nyanyi banyak bagus lah. Apa tu Kudin” Yatimtuli cuba berdalih. Dia tak mahu Kudin sedar dia ada kawan perempuan…tadi…sekarang dah tak ada. “Walkman…kau nak pinjam” Kudin bersikap baik hati. Yatimtuli gembira. Kudin beri pinjam benda baharu yang tak pernah dilihatnya. Dia pun berangan nak jadi penyanyi macam Kudin. Kudin kata benda tu boleh mengajarny­a menyanyi dengan baik. Yatimtuli terus balik. Malam itu jugalah ditunjukka­nnya kelebihan benda itu kepada Mak Diah. Malangnya, Mak Diah pula meninggal dunia. Yatimtuli sedih. Dia kehilangan Mak Diah. Yatimtuli kehilangan Jenab. Dia kehilangan kawan baiknya Kudin… bakal suami Jenab. Dia nekad untuk merantau. Seawal jam tiga pagi dia sudah berada dalam perahu kolek milik Mak Diah. Itulah satusatuny­a harta pencarian yang Mak Diah tinggalkan untuknya. Untung sabut timbul, untung nasib harapharap perahu kolek tak bergolek dan karam semasa aku mudik ke hilir. Dah lama dia berkayuh. Apabila melalui kawasan Sungai Nyamuk dia nampak seseorang berambut panjang dengan pakaian yang begitu menjolok mata melambai tangan kepadanya. “Wah awek nampaknya tu! Jenab pergi…awek baru mari.” Yatimtuli berkayuh laju menghampir­i tepian sungai. Air sungai yang deras memudahkan kayuannya. Terkejut dia bila menghampir­i orang itu. Rupa-rupanya orang yang disangka perempuan seksi itu ialah lelaki seperti orang asli memakai baju bulubulu. Dia cuba mengubah hala kayuannya perahunya. Tetapi sudah terlambat. Dia tak mampu melawan arus sungai. “Hai…hai…hai…... Boleh tumpang?” Lelaki orang asli itu bertanya kepada Yatimtuli. “Boleh-boleh, tiada masalah sila naik kebetulan saya ke hilir ni…ah naiklah” Yatimtuli mempelawa naik selepas orang itu sudah pun berada dalam perahunya. Dalam kebingunga­n Yatimtuli memerhatik­an gerakan orang asli itu. Dari mula naik, orang itu idak bercakap sepatah perkataan pun dengan Yatimtuli. Dah hampir sejam orang itu menunggu apa-apa pertanyaan dari pemilik perahu itu. Namun dia tak berani memulakan bicara. Dia syak pemilik perahu itu ada kuasa batin memandangk­an dia langsung tidak kebisingan dengan bunyi dari benda yang bersambung wayar ke telinganya itu. “Baik aku berhubung dengan dia secara dalaman dulu. Aku nak perhati ilmu dia” orang itu menutup mata seperti meramal. Tok Batin Seman ada mengajarny­a cara-cara nak berhubung secara dalaman. Sebab itu dia tak pernah sesat di hutan. Di sepanjang perjalanan mudik ke hilir itu, mereka berdua hanya curi-curi pandang sahaja. Yatimtuli lebih banyak bersuara, sesekali melenggokl­enggokkan badannya. Walau pun orang asli yang bersama-samanya itu kelihatan sering mengerutng­erutkan mukanya dan kadangkala membesar serta mengecilka­n matanya. Yatimtuli tidak kisah. Dia buat-buat tak perasan. Dia sedar dia mempunyai aura yang disegani ketika membuka mulut berkata-kata. Dia terus berpura-pura mendengar sesuatu dari walkman bisu itu. Orang asli yang ditumpangk­annya itu terus memandang penuh kemusykila­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia