Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

SEMPADAN KASIH

akhirnya kau telah memilih kamar yang lain yang indah dan mempesona tapi bukan bererti kau kubiarkan begitu saja kau akan sentiasa di hati dan dalam kandungan doaku selamanya melihatmu di kamar yang lain aku terlalu sedih kerana aku belum bersedia melepaskan­mu Walau di hati ini aku terlalu resah memandangm­u tapi demi hari esokmu aku harus bersedia demi kasih sayangku aku memahami segalanya kerana setiap kebersamaa­n tak akan abadi perpisahan juga akhirnya terjadi di atas pentas yang tak terduga jaraknya mulai hari ini kita harus belajar menghargai dan mengingati kepada kekasih yang mengasihi dan menyayangi kau jangan pisahkan dirimu dengan doa,zikir dan fikir NORAWI HJ KATA Taman Nikmat Kota Belud

GADIS TAK BERNAMA

aku tak tahu dengan bahasa apa aku memanggilm­u kau nampak peramah tapi terlalu berahsia aku tak tahu apakah nama yang kusebut bagi menghargai dirimu wahai gadis, kau telah hanyut di sini kau semakin cerdik untuk terus hidup di tengah-tengah kota ini tapi sayangnya kau tak dapat memilih di antara syurga atau neraka di antara madu atau racun debu-debu yang meliar di hadapan matamu kau biarkan melekat di tubuhmu Sehingga kau tidak mengenal ular-ular yang melingkari tubuhmu sungguh sayang dirimu… wahai gadis, sungguh sayang dirimu membiarkan bibirmu dimasuki lidah ular sungguh sayang dirimu... maafkan aku wahai gadis kerana tak sempat mendoakanm­u !!! NORAWI HJ KATA Kota Belud

PINTU DIRI

telah kututup serapatrap­atnya daun pintu diri ini biar sang Iblis tak dapat mengetukny­a lagi sebelum ini pintu diri sentiasa kubuka kerana aku terlalu percaya kepada mereka yang bergelar kekasih NORAWI HJ KATA Kota Belud

NORAWI HAJI KATA adalah seorang penulis puisi yang prolifik pada awal 90-an. Berkelulus­an Ijazah Sarjana(Master Pengurusan Pendidikan) daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Pernah memenangi Hadiah Sastera Sabah bagi kategori puisi mulai 1996/1997 dan kesekian kalinya. Esei Kritikanny­a berjudul “Introspeks­i Diri Sastri Bakry” memenangi HSS pada tahun 2014/2015 dan esei berkenaan dibukukan di Indonesia. Akta Batin merupakan kumpulan puisi pertamanya. Kini bertugas sebagai Guru Besar di SK Ulu Kukut,Kota Belud di samping menjadi Presiden Persatuan Sastera & Budaya Sabah(PSBS) yang berpangkal­an di Kota Belud.

IBU DAN AMANAH

Rasa cinta pasti ada setiap yang bernama ibu tidak kira warna kulit tua muda miskin kaya. Airmata serta doa sering ibu titip pesan musim covid yang melanda hatinya bagai dirobek Ibu bermenung duka bagaimana melindungi keluarga tercinta. Tengkujuh melanda lagi kebun lada subur menghijau kini mula tunduk suram siraman hujan siang dan malam ibu hanya mampu tersenyum. Duduk diam kah ibu? tentu tidak dia terus melangkah berlari dalam hujan sambil mengutip buah lada selagi masih mampu bertahan. Ibu ringankan pokok ladanya dari rebah kerna di sana sumber rezeki untuk keluarga tersayang. SITI SENIA MOHAMAD@ Niabadru, Membakut, Sabah.

BIAR DIRUNGKAI

Ikan andapung ikan putih dan ikan kayu langkunis bersinar di besin biru bersusun rapi wah! sungguh segar tentu baru naik dari laut... Di sana seorang nelayan di tengah laut bermain gelombang berteman tawakal melabuh pukat mengumpan mata ambur mengharap ikan menyangkut dalam tangkapan demi mencari sesuap rezeki untuk keluarga di bulan ramadhan. Untung menyebelah­i si nelayan mekar senyum seindah suria sebentar lagi pasti dapur berisi keperluan untuk bersungkai. Di pangkalan seorang anak muda tenang menanti penuh harapan dalam kocek tergenggam wang kertas amanah ibu untuk membeli ikan segar dari tangkapan. Saling bersapa kedua insan mengatur harga dengan lafaz bismillah ringgit malaysia tujuh puluh lapan bertukar tangan. Sampai di rumah anak muda menyerah ikan pada ibu tersayang tapi... terlalu berat dan payah untuk ibu memegang walau seekor ikan andapung. Si ayah ambil peranan untuk menyiang ikan idaman seusai bersih ibu masukkan dalam bekas maka bersusun rapi di peti sejuk agar senang ketika merebus atau menggoreng. Jimat duit jimat tenaga hanya selangkah kedapur ikan segar jadi penawar menghibur hati saat berduka dalam PKP ubah selera. SITI SENIA MOHAMAD@ Niabadru, Membakut, Sabah.

TENTANG SEORANG AYAH

Hujan air mata mengalir deras di pipi sejurus menerima khabar duka pemergian yang tak akan kembali. Sekujur tubuh terbaring kaku geringmu tersembuny­i di luka sekian lama. Malam tibanya jenazahmu tidak kusangka itu permintaan akhirmu minta segera disemadika­n andai sampai ajalmu. Hujan makin lebat malam itu air yang dingin menjirus tubuhmu dengan kasih sayang belaian terakhir. Aku tidak sanggup melihat jenazahmu diusung pergi menuju pusara sepi dan kaki ini terus berlari dalam cucuran air mata pedih sekali. SITI SENIA @ Niabadru, Membakut, Sabah.

NIABADRU atau nama sebenarnya Siti Senia Haji Mohamad mula menulis pada tahun 2017 ,seorang suri rumah dan kini menetap di Taman Desa Jaya Pekan Membakut. Beliau seorang yang aktif menyertai programpro­gram sastera di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia