Utusan Borneo (Sabah)

Sayembara menulis cerpen anjuran IPS dilanjutka­n hingga Disember

-

Ikatan Penulis Sabah (IPS) mengalu-alukan penyertaan penulis dari seluruh negara untuk menyertai Sayembara Menulis Cerpen sempena Hari Malaysia tahun 2020.11.28

Tarikh tutup sayembara anjuran Ikatan Penulis Sabah (IPS) dilanjutka­n hingga 31 Disember 2020.

Menurut kenyataan penganjur, Sayembara itu terpaksa dilanjutka­n kerana walaupun penganjur menerima banyak penyertaan, kebanyakan cerpen tidak memenuhi syarat yang dikehendak­i.

Oleh yang demikian, AJK IPS memutuskan untuk melanjutka­n tarikh tutup penyertaan untuk mendapatka­n karya-karya berkualiti berdasarka­n kisah hidup dan perjuangan tokoh tokoh kemerdekaa­n Sabah.

Sayembara itu terbuka kepada semua penulis di Malaysia kecuali Ahli Jawatankua­sa Tertinggi Ikatan Penulis Sabah (IPS) .

Cerpen hendaklah ditulis langkau dua baris, font 12, sepanjang 10 hingga 12 halaman a4.

Menurut kenyataan penganjur, Cerpen yang ditulis hendaklah berdasarka­n kisah hidup dan perjuangan tokoh tokoh kemerdekaa­n Sabah seperti Almarhum Tun Datu Mustapha Datu

Harun, Tun mohd Fuad Stephens, Datuk GS Sundang, OKK Sedomon, Tan Sri Ghani Gilong, Tan Sri Harris Mohd Salleh, Toh Puan Hajah Rahimah Stephens dan yang sezaman dengan mereka.

Cerpen yang ditulis hendaklah karya asli, bulan saduran, ubahsuai atau ciplak dan belum pernah diterbitka­n.

Cerpen cerpen hendaklah diemel kepada abdnaddin@yahoo.com dengan menyatakan bahawa cerpen yang dihantar adalah untuk sayembara.

Hak cipta adalah milik penulis tetapi penganjur berhak untuk menerbitka­n karya karya dalam bentuk buku.

Cerpen terbaik layak menerima RM300 (pertama), RM250 (kedua) RM200 (ketiga) dan empat hadiah penghargaa­n bernilai RM100 disediakan untuk tujuh karya terbaik.

Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia