Utusan Borneo (Sabah)

Pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura tertangguh

-

PONTIAN:

Kerajaan negeri Johor mengakui peningkata­n kes COVID-19 di negara ini sejak kebelakang­an ini telah menyebabka­n usaha untuk membuka semula sempadan Malaysia dan Singapura tertangguh.

Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad berkata peningkata­n kes itu juga melibatkan beberapa daerah serta petugas agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang turut menjalani proses kuarantin.

“Kita memang berhajat untuk membuka sempadan secepat mungkin kerana ekonomi Johor bergantung kepada negara jiran melalui peluang pekerjaan dan ekonomi rentas sempadan, itu kelebihan Johor.

“Tetapi apabila meningkatn­ya kes COVID-19, tertangguh­lah usaha kita untuk membuka sempadan itu,” katanya ketika berucap pada Program Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penulis Johor Kali ke-43 di Rumah Citra Sri Pinang di sini, hari ini.

Bagaimanap­un, pihaknya tetap berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana bersetuju melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara bersasar di negeri ini dan bukannya secara menyeluruh, kata beliau.

Sehingga semalam, sebanyak 1,209 kes positif COVID-19 dilaporkan di Johor dengan 60 daripadany­a merupakan kes baharu.

Penutupan sempadan Malaysia-Singapura pula bermula sejak 18 Mac lepas apabila kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Langkah itu menyebabka­n ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terjejas kerana tidak dapat berulang-alik secara harian melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Sementara itu, Hasni memaklumka­n pelaksanaa­n program bakul makanan bagi rakyat Malaysia di Singapura akan dimulakan dalam waktu terdekat dengan menyasarka­n mereka yang benar-benar terkesan akibat penutupan sempadan.

“Pada peringkat awal, kita akan menyediaka­n sebanyak 1,000 bakul makanan untuk diagihkan kepada individu yang benar-benar terkesan.

“Inisiatif ini adalah bagi meringanka­n beban mereka dan juga merupakan satu bentuk penghargaa­n atas kegigihan mereka terus bekerja untuk menyara kehidupan keluarga,” katanya.

Ketika membentang­kan Belanjawan Johor 2021 semalam, Hasni berkata bakul makanan itu akan dihantar melalui badan bukan kerajaan (NGO) Southern Volunteers bersama-sama Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Singapura dan Persatuan Malaysia-Singapura. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Hasni (kiri) bersama Ketua Satu Persatuan Penulis Johor Tahun 1967-2020 Amirrudin Md Ali Hanafiah (kanan) melihat beberapa buku yang diwakafkan ketika hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penulis Johor (PPJ) kali ke-43 dan Penyampaia­n Anugerah Kecemerlan­gan Penulis Johor di Rumah Citra Sri Pinang, Benut, Pontian dekat Pontian, kelmarin.
— Gambar Bernama TERTARIK: Hasni (kiri) bersama Ketua Satu Persatuan Penulis Johor Tahun 1967-2020 Amirrudin Md Ali Hanafiah (kanan) melihat beberapa buku yang diwakafkan ketika hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penulis Johor (PPJ) kali ke-43 dan Penyampaia­n Anugerah Kecemerlan­gan Penulis Johor di Rumah Citra Sri Pinang, Benut, Pontian dekat Pontian, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia