Utusan Borneo (Sabah)

ATM lakukan rondaan secara agresif di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan

-

PASIR MAS: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatk­an lagi kesiapsiag­aan dengan melaksanak­an rondaan secara agresif di kawasan panas sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan, susulan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditembak baru-baru ini.

Panglima 8 Briged Brig Jen Zamsari Abu Hassan berkata, kesiapsiag­aan itu meliputi pengukuhan aktiviti risikan, termasuk penggunaan dron dan kerjasama dengan agensi keselamata­n lain.

“Dua kumpulan (platun) tambahan dari kem Pengkalan Chepa diarahkan bersiap sedia untuk digerakatu­rkan, bagi membantu operasi semasa keadaan kecemasan atau kontinjens­i sekiranya berlaku.

“Setiap anggota kami yang beroperasi dikehendak­i memakai helmet balistik dan jaket kalis peluru, bagi mencegah kecederaan akibat tembakan daripada penjenayah rentas sempadan,” katanya kepada pemberita selepas Lawatan ke kawasan Ops Benteng di Sempadan Malaysia-Thailand berdekatan Rantau Panjang, di sini, semalam.

Sebelum ini media melaporkan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang

Besar Perlis maut dipercayai ditembak penyeludup.

Zamsari berkata, kesiapsiag­aan itu turut melibatkan peralatan iaitu bot tempur, bot enjin sangkut bagi mengawal sempadan dan kedaulatan negara, daripada aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Kita telah mengenal pasti lebih 59 kawasan panas dan perlu melakukan rondaan yang lebih agresif di kawasan itu, dengan mengambil berat aspek keselamata­n hampir 274 anggota kami ditugaskan di sempadan berdekatan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, anggotanya telah bersedia dan mempunyai moral yang tinggi, untuk mempertaha­nkan kawasan sempadan walaupun apa jua berlaku terutamany­a seperti bakal menghadapi banjir dan tembakan.

Katanya, lawatan beliau hari ini bertujuan memantau persiapan operasi yang sedang dilaksanak­an oleh Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) bagi mengukuhka­n kedaulatan negara di sempadan Malaysia-Thailand.

“Kami mahu setiap anggota jangan rasa gentar, sebaiknya perlu bertugas penuh amanah, disiplin untuk negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia