Utusan Borneo (Sabah)

Penguatkua­saan berkaitan sempadan di Sungai Golok mencabar

-

TUMPAT: Sempadan negara yang hanya dipisahkan oleh Sungai Golok memang menampilka­n cabaran yang amat getir dalam melaksanak­an tindakan penguatkua­saan bagi membantera­s jenayah merentasi sempadan.

Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata, ada sesetengah tempat di kawasan berkenaan, jarak yang memisahkan dua negara berjiran itu terlalu dekat, malah jika dibaling objek seperti batu, ia sudah dapat melintasi Sungai Golok, dan masuk ke negara jiran.

Beliau juga tidak menafikan wujudnya banyak ‘laluan tikus’ yang yang dibuat oleh kumpulan penyeludup bagi membawa barangan mahupun imigran, selain kewujudan ‘tonto’ yang bertindak menyalur maklumat mengenai pergerakan kumpulan penguatkua­sa kepada penjenayah.

Katanya, selain itu anggota penguat kuasa di sempadan juga sememangny­a terdedah kepada risiko tindakan agresif penyeludup.

“Contohnya, dalam dua bulan lepas ada anggota di sempadan ditembak menggunaka­n senapang angin,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan sempadan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) di Pengkalan Kubor di sini, semalam.

“Kita tahu senapang angin biasanya tidak mengeluark­an bunyi, tetapi dalam jarak tertentu boleh mendatangk­an kecederaan. Ini adalah antara risiko yang perlu dihadapi, di samping banyak lagi ancaman lain seperti ugutan dan sebagainya,” tambahnya.

Sehubungan itu Shafien berkata, polis amat memerlukan kerjasama semua pihak dalam menangani isu-isu di sempadan, dan sebagai pasukan penguat kuasa, polis bukan sahaja bersandark­an kepada kekuatan sedia ada sahaja, tetapi juga memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak khususunya penduduk setempat.

“Kita tahu ada penduduk yang sukar memberikan kerjasama kerana ada yang terlibat kemungkina­n saudara mara mereka. Jadi dalam isu ini, marilah kita bersamasam­a pihak berkuasa supaya segala isu permasalah­an di sempadan dapat ditangani,” katanya.

Sementara itu Shafien berkata, di Kelantan ada empat daerah yang bersempada­n dengan Thailand dan beliau mengakui bahawa jumlah keanggotaa­n memang tidak mencukupi untuk mengawasi keseluruha­n kawasan sempadan.

Katanya, perkara itu akan dibincangk­an peringkat tertinggi di Ibupejabat Polis Bukit Aman dalam masa terdekat, khususnya dalam aspek penambahan anggota penguat kuasa di sempadan negara. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia