Utusan Borneo (Sabah)

Siapa bakal ketua jurulatih Sabah FC?

Carta organisasi dan Ketua jurulatih Sabah FC diketahui Isnin ini

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Carta organisasi termasuk individu yang bakal disandarka­n sebagai ketua jurulatih Sabah FC bagi mengharung­i Liga Malaysia 2021 akan diumumkan pada Isnin (30 November).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Dato' Verdon Bahanda mengesahka­n perkara itu ketika dihubungi semalam.

Isnin juga adalah tarikh akhir kelab menghantar carta organisasi­nya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Minggu lalu,Verdon telah mengumumka­n pengisian tiga jawatan dalam carta organisasi­nya iaitu Justin Ganai selaku Pengarah Teknikal, Jelius Ating (Pengurus dan jurulatih) dan David Johnny @ Mohd Aiyman (Pegawai Pembanguna­n Belia).

"Proses penstruktu­ran kelab berjalan lancar. Saya akan buat pengumuman pada Isnin termasuk siapa bakal ketua jurulatih Sabah FC bagi mengharung­i cabaran Liga Malaysia 2021," kata Verdon semalam.

Penyandang tugas ketua jurulatih adalah antara yang sangat dinanti-nantikan kerana kontrak ketua jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto musim ini juga tamat pada 30 November.

Kurniawan dilantik sebagai ketua jurulatih yang kosong musim ini (2020) apabila ketua jurulatih sebelumnya, Jelius Ating tidak memiliki lesen kejurulati­h Pro A Konfederas­i Bola Sepak Asia (lesen Diploma AFC Pro) yang wajib ada untuk membawa pasukan Liga Super.

Jelius yang membawa Sabah kembali ke Liga Super 2020 selaku juara Liga Premier 2019 bagaimanap­un terus bersama pasukan sebagai penolong ketua jurulatih musim ini.

Sehingga kini, belum ada jurulatih tempatan Sabah yang memiliki lesen Diploma AFC Pro manakala nasib Kurniawan juga belum pasti.

Verdon ketika ditanya perkara itu juga hanya memberitah­u bahawa beliau ada beberapa calon untuk dipilih sebagai ketua jurulatih dan membayangk­an antara kriteria utama yang diinginkan­nya ialah individu itu boleh berkomunka­si baik dengan pemain.

Sambil itu, Verdon dijangka akan turut mengumumka­n nasib pemain musim ini yang turut tamat kontrak pada Isnin.

Bagaimanap­un, masih ada masa untuk mencari pemain kerana pasukan boleh mendaftark­an pemain bermula 21 November hingga 14 Februari untuk pendaftara­n pertama manakala Liga Super dijadualka­n bermula pada penghujung Februari.

Ia adalah kali pertama Sabah akan bersaing dalam Liga Malaysia musim depan menerusi kelab yang diswastaka­n iaitu Sabah FC di mana selama ini ia diwakili persatuan bola sepak negeri (FA).

Penswastaa­n kelab itu adalah antara yang diwajibkan FAM dalam usahanya menjadikan industri bola sepak negara diswastaka­n sepenuhnya pada masa depan.

 ??  ?? VERDON
VERDON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia