Utusan Borneo (Sabah)

Hantar aduan jika majikan salah guna PSU

Aduan boleh dihantar melalui Jabatan Tenaga Kerja atau pejabat PERKESO: Dr Mohd Ali

-

KOTA KINABALU: Pekerja boleh mengemukak­an aduan jika majikan menyalahgu­nakan dana dari Program Subsidi Upah (PSU).

Pengarah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Sabah Dr Mohd Ali Hindia berkata, bantuan PSU adalah untuk membantu industri dalam memastikan kelangsung­an sosio ekonomi.

“Majikan yang menerima bantuan PSU dilarang untuk memberhent­ikan pekerja kecuali dengan persetujua­n pekerja itu sendiri.

“Begitu juga sekiranya pekerja tidak dibayar gaji, dipotong gaji atau diminta untuk bercuti tanpa gaji, aduan boleh dihantar melalui Jabatan Tenaga Kerja atau pejabat PERKESO yang berhampira­n.

“Selain itu, aduan juga boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal aduan. perkeso.gov.my,” katanya dalam Program Influencer@ JaPen bertajuk Program Subsidi Upah 2.0: Penjana yang disiarkan secara langsung dalam laman sosial rasmi Facebook Jabatan Penerangan Sabah, semalam.

Dalam sesi sekitar 40 minit itu, Ali turut menggesa para majikan untuk memanfaatk­an bantuan berkenaan dan melakukan permohonan sebelum 31 Disember ini.

“Majikan penerima PSU yang sudah mempunyai rekod dalam PERKESO sebelum ini tidak perlu membuat permohonan baharu, namun perlu dikemaskin­i sekiranya ada pertambaha­n pekerja dan sebagainya.

“Bagi permohonan yang ditolak pula, permohonan boleh dihantar semula sekiranya memenuhi kriteria yang diperlukan serta telah membuat pendaftara­n sebelum 1 September lepas,” katanya.

Tambahnya, selain majikan, para pekerja juga perlu memberikan kerjasama dalam mengelakka­n isu pembuangan kerja bagi mengelakka­n kadar penganggur­an semakin meningkat kerana ia memberikan kesan yang buruk kepada negara.

Untuk rekod, Influencer@ JaPen merupakan platform penyebaran maklumat secara pantas melalui media sosial rasmi serta komunikasi bersemuka secara maya dan siaran langsung seterusnya akan diadakan pada 9 Disember depan bersama Pegawai Penerangan Raymie Amiril bertajuk ‘Hobi Pilihan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan’. — Penerangan

 ??  ??
 ??  ?? SIARAN LANSUNG: Suasana sekitar siaran langsung Influencer@JaPen, Program Subsidi Upah 2.0: Penjana.
SIARAN LANSUNG: Suasana sekitar siaran langsung Influencer@JaPen, Program Subsidi Upah 2.0: Penjana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia